Alhamdulillah. Bayaran Bantuan SARA One Off SARA Telah Mula Dikreditkan

Bantuan SARA One Off – SARA One Off atau  SARA bukan eKasih telah mula dikreditkan ke akaun penerima bermula siang hari tadi.

Menerusi perkongsian orang ramai di laman media sosial, bantuan SARA One Off atau SARA bukan eKasih telah pun dikreditkan ke akaun mereka.

Kerajaan MADANI menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai 9 Disember 2024 (Isnin).

Manakala baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun.

Bantuan SARA One Off

Bantuan SARA one-off ini adalah khas untuk penerima STR yang bukan dari kategori miskin / miskin tegar seperti yang menerima bantuan bulanan sebelum ini.

Perkongsian Netizen

Berikut adalah tangkap layar yang sempat di muat turun.

Kategori Penerima dan Jumlah Bantuan

Bantuan Tambahan SARA (One-Off) ini diberikan mengikut kategori penerima, iaitu berdasarkan jenis penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi golongan bukan miskin dan miskin tegar. Berikut adalah dua kategori penerima utama beserta kadar bayaran masing-masing:

  1. Isi Rumah
    • Kadar Bayaran: RM300
    • Jumlah Penerima: 3.5 juta isi rumah
    • Implikasi Kewangan: RM1.0 bilion
    • Kategori ini meliputi penerima STR dalam kalangan isi rumah yang memerlukan bantuan tambahan untuk meringankan beban kewangan mereka, terutamanya bagi perbelanjaan barangan keperluan harian.
  2. Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan
    • Kadar Bayaran: RM150
    • Jumlah Penerima: 4.5 juta individu
    • Implikasi Kewangan: RM0.7 bilion
    • Bantuan ini disalurkan kepada golongan bujang dan warga emas yang tiada pasangan. Inisiatif ini memberi sokongan kepada golongan yang lebih berisiko terjejas dengan kenaikan kos hidup dan membantu mereka untuk menampung perbelanjaan asas.

*NOTA – Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak terima bantuan tunai tambahan SARA One-off 2024.

Jumlah keseluruhan penerima bagi kedua-dua kategori ini adalah 8 juta orang, dengan keseluruhan implikasi kewangan berjumlah RM1.7 bilion.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran untuk bantuan ini telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi dan media sosial.

Bayaran bantuan one-off SARA kepada penerima STR bukan miskin, dan miskin tegar akan dilakukan secara berperingkat bermula 9 Disember 2024 (Isnin).

Kaedah Pembayaran

Bagi memudahkan penerima, terdapat dua kaedah pembayaran yang disediakan:

  1. Pengkreditan Terus ke Akaun Bank
    • Bagi penerima yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan sistem bantuan kerajaan, pembayaran akan dikreditkan secara automatik ke akaun mereka. Kaedah ini membolehkan penerima menerima bantuan dengan cepat dan mudah tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan bank.
  2. Pembayaran Tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh diterima secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat. Penerima perlu membawa dokumen pengenalan diri (kad pengenalan) semasa membuat tuntutan. Kaedah ini memberi kemudahan kepada penerima yang tidak memiliki akaun bank, terutama di kawasan luar bandar.

Semakan Status Kelayakan & Pembayaran

Untuk menyemak kelayakan penerimaan bantuan ini, bakal penerima boleh membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi yang disediakan oleh Kementerian Kewangan di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

SARA one-off ini adalah khas untuk penerima STR yang bukan dari kategori miskin / miskin tegar seperti yang menerima bantuan bulanan sebelum ini.

Selain itu, laman web tersebut juga  menyediakan pautan untuk semakan status pembayaran bagi mengetahui sama ada bantuan telah dikreditkan atau perlu diambil di BSN.

Bagi penerima daripada kategori miskin / miskin tegar / penerima e-Kasih, semakan juga boleh dibuat melalui laman web MyKasih.

Pautan semakan pantas: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Link penting:

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version