Skip to content

Bantuan OKU Tidak Berupaya Kerja (BTB) Sebanyak RM300

  • Bantuan

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengemaskini dengan bantuan terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan untuk bekerja dengan kadar RM300.

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

CARA PERMOHONAN

Semua permohonan bantuan ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. 

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,

2. salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,

3. salinan penyata gaji (jika ada), dan

4. lain-lain dokumen yang berkaitan.

Hal ini adalah untuk memudahkan lagi pengurusan dan permohonan borang bantuan.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang Kad OKU JKM;
  4. Tidak berupaya bekerja.
  5. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita       Semasa.        ATAU
  6. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  7. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
    • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);

Nota:
          Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.