Bayaran SARA One-Off 2024 Dikreditkan Mulai 9 Disember – Bantuan SARA adalah singkatan bagi nama Sumbangan Asas Rahmah.
Kerajaan telah mengumumkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mulai 9 Disember 2024
Anda boleh membuat Semakan status LULUS Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM300 bagi Isi Rumah & RM150 bagi Kategori Bujang.
Bantuan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)
Dalam Belanjawan 2024, bantuan SARA telah diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.
Menurut Kementerian Kewangan, mulai 2024, SEMUA penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun 2023.
Program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini telah ditambah baik oleh Kerajaan dan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.
Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA 2024)
2 kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Penerima yang layak merangkumi golongan miskin dan miskin tegar berdasarkan data eKasih.
Peningkatan kadar bantuan Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan kepada RM1,200 (2023: RM600) dan Bujang kekal RM600.
*NOTA – Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak terima bantuan SARA 2024 seperti berikut :
- Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun; dan
- Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.
Semakan Kelayakan SARA One-off
Bagi yang belum tahu cara untuk membuat semakan, status kelayakan ini akan dipaparkan dalam laman web STR.
SARA one-off ini adalah khas untuk penerima STR yang bukan dari kategori miskin / miskin tegar seperti yang menerima bantuan bulanan sebelum ini.
Penerima yang layak boleh membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Untuk makluman, bayaran SARA one-off ini akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 9 Disember 2024.
Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah
- Portal MySTR
- Layari portal rasmi MySTR > Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Log Masuk > Sahkan Kunci Keselamatan > MAsukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan > Klik Bahagian Semakan Permohonan > Lihat Bahagian Status Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
- Portal MyKasih
- Masukan No. Kad Pengenalan > Klik Semakan Status
- Mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahawa layak mendapat bantuan SARA
- Surat Pemakluman bahawa penerima layak mendapat bantuan SARA
- Boleh menghubungi Mykasih, HASIL atau MoF
Maklumat Lanjut
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.