Tarikh Bayaran Budi Madani 2024 – BUDI Madani adalah platform penyasaran semula subsidi, ia telah diperkenalkan untuk memastikan kebajikan majoriti rakyat terpelihara dengan memberikan subsidi hanya kepada yang benar-benar memerlukan.
Sementara itu, subsidi terus diberikan kepada kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu untuk mengawal harga barangan.
Di samping itu, bantuan tunai diberikan kepada individu terpilih sebagai usaha untuk membendung kenaikan kos sara hidup.
Budi Madani 2024
BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Terdapat 3 kategori penerima iaitu MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu
Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Tarikh Bayaran BUDI MADANI Ogos – Disember 2024
Bagi penerima sedia ada, permohonan baharu dan rayuan yang telah diluluskan pada bulan Ogos, anda akan menerima bantuan tunai mulai 9 September 2024.
Masih belum memohon bantuan tunai BUDI MADANI?
Layari segera https://budimadani.gov.my untuk semak kelayakan dan memohon!
Berikut dikongsikan juga jadual terkini oleh MOF untuk penerima sedia ada, baharu dan rayuan bagi bulan Ogos hingga Disember 2024.
BUDI Individu
BUDI Individu merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.
Permohonan BUDI Individu dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024.
Syarat Permohonan BUDI Madani (Individu)
Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:
- Pemohon
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI
- Kriteria Pemilikan Kenderaan
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
- Motosikal diesel;
- Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan; Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
Cara Permohonan
Permohonan BUDI boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu di dengan kaedah berikut:
- Mendaftar akaun pengguna
- Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
- Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
- No. Mykad
- No. Telefon Bimbit Nama Bank
- No. Akaun Bank
- Alamat e-mel
- Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
- Jenama / Model Kenderaan
- Kelas Kegunaan Kenderaan
Semakan Kelayakan / Permohonan
Status kelayakan bagi bantuan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai membuat permohonan di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.
Sekiranya tidak diluluskan, dan pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, pemohon boleh mengemukakan rayuan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan akan mulai dibuka pada awal Jun 2024.
Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan terkini memaklumkan, penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima.
Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Jumlah / Kaedah Pembayaran
Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.
Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Untuk makluman, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim BUDI Individu
Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:
- Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
- Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
- Alamat e-mel : budimadani@treasury.gov.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.