Skip to content

Bantuan Am Wilayah Persekutuan 2025 : Semakan & Bayaran

Bantuan Am Wilayah Persekutuan 2025 – Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif baru dalam Belanjawan 2025 untuk membantu rakyat di Wilayah Persekutuan. 

Salah satu program yang menjadi tumpuan ialah Bantuan Am Persekutuan yang bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bantuan Am Wilayah Persekutuan

Bantuan Am Wilayah Persekutuan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. 

Bantuan ini diteruskan lagi pada tahun 2025 di bawah belanjawan 2025 dengan peningkatan kadar bantuan. 

Bantuan  wilayah persekutuan 2025

Objektif 

Objektif pemberian bantuan kebajikan adalah seperti berikut:

  1. Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
  2. Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.  
  3. Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  4. Sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Syarat Kelayakan

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk melayakkan pemohon menerima bantuan ini:

  1. Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    i. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atauii. PGK purata miskin Per Kapita Semasa 
  3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain: atau
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

Kadar Bayaran Bantuan Am Wilayah Persekutuan

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 ini, kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan telah dinaikkan kepada RM150 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan. 

Sebelum ini, kadar bantuan ini adalah minimum RM100 sebulan seorang dengan kadar maksimum sebanyak RM350 sebulan sekeluarga. 

Peningkatan ini sedikit sebanyak bakal membantu penerima-penerima bantuan yang terlibat untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan, kadar bantuan dan had bantuan adalah tidak seragam dan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat. 

Cara Memohon Bantuan Am Wilayah Persekutuan

Terdapat 3 kaedah permohonan untuk memohon sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia

  1. Permohonan secara manual menggunakan Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 18). 
  2. Permohonan melalui daftar secara atas talian (online) sistem e-Bantuan bagi pemohon yang hadir ke pejabat tanpa borang JKM 18. 
  3. Permohonan secara atas talian (online) sistem eBantuan: http://spbk.jkm.gov.my.   

Semua permohonan bantuan kewangan dikendalikan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.  Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak.

Dokumen Diperlukan 

Pemohon diminta membawa dokumen sokongan berikut semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian:

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat): dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Peningkatan Peruntukan Bantuan Tunai JKM – Belanjawan 2025

Selain Bantuan Am Persekutuan, terdapat beberapa lagi jenis bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang juga ditingkatkan kadar bayarannya iaitu:

  1. Bantuan Warga Emas: RM600 sebulan dari RM500
  2. Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin (berusia 7 tahun ke 18 tahun): RM200 dari RM150
  3. Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin (berusia 6 tahun ke bawah): RM250 dari RM200

Jumlah peningkatan peruntukan Bantuan Tunai JKM adalah dari RM2.4 billion ke RM2.9 billion.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Am Persekutuan atau hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (Ibu Pejabat). Anda juga boleh layari Portal Rasmi Belanjawan 2025 untuk sebarang maklumat terkini. 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.