Pangkalan Data Utama (PADU) telah mencatat peningkatan mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lalu, menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Jumlah pendaftaran telah meningkat kepada 7.7 juta pada 24 Mac 2024, naik daripada 5.4 juta pada 17 Mac 2024.
Menteri tersebut optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50 peratus menjelang tarikh akhir pada 31 Mac 2024.
Ahli perniagaan takut rahsia kahwin dua terbongkar
Di sisi lain, seorang ahli perniagaan di Temerloh, Pahang, telah memilih untuk tidak mengisi sistem PADU kerana bimbang akan terbongkar rahsia perkahwinan keduanya.
Peguam Ahmad Nizam Hamid berkongsi kisah tersebut melalui hantaran di Facebooknya.
Lelaki berusia 50-an yang tidak didedahkan namanya itu, telah berkahwin kali kedua dengan pekerjanya secara sembunyi sejak tiga tahun lalu.
“Dia kahwin senyap-senyap di Perlis atau Terengganu, saya tak ingat. Sebab antara dua negeri itu kalau kahwin dua, tak perlu minta izin isteri pertama.
“Dia takut nak isi nama isteri kedua dalam Padu sebab takut isteri pertama dia tahu,” katanya.
Difahamkan, isteri keduanya berusia 20 tahun lebih muda daripada suaminya, telah dikurniakan dua orang anak. Sementara itu, isteri pertamanya, yang berusia 40-an, mempunyai empat orang anak.
Isteri keduanya tinggal dan bekerja di daerah yang sama di Temerloh, Pahang, namun isteri pertamanya tidak pernah mengetahui tentang perkahwinan kedua suaminya, walaupun mereka tinggal di daerah yang sama.
Sumber: Bernama, MalaysiaKini
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.