Skip to content

Bawa Suami Kawan Baik Balik Rumah Lagi Tak Beradab – Ellie Suriaty Tegur Ruhainies

PELAKON Ellie Suriaty menegur Risteena Munim yang bercakap bagi pihak adiknya, Ruhainies kerana memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu menyebarkan fitnah susulan isu khalwat.

Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, berpendapat, satu perbuatan tidak beradab apabila adik kepada aktres berkenaan melakukan pengkhianatan terhadap kawan baik sendiri.

Tak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali,” katanya.

Ellie menulis perkara itu menerusi satu hantaran ruangan komen di Instagram.

Ellie berkongsi pendapat tentang kemelut yang berlaku terhadap Ruhainies.

Dalam pada itu, Ellie menyifatkan sikap negatif Ruhainies adalah satu pengkhianatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang sahabat.

Kawan baik tu langsung tak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim dari seorang kawan baik. Nak saman?” soalnya.

Lebih mengejutkan apabila Ruhainies dan isteri Aliff iaitu Bella Astillah merupakan sahabat baik dan video gurauan apabila Bella mendukung kawannya itu turut disebarkan.

Ellie bagaimanapun sempat membalas komen yang ditinggalkan netizen dan memberitahu sebagai anak seni mereka mempunyai batas pergaulan sewaktu berlakon lebih-lebih lagi apabila berstatus suami orang.

Menurut Ellie, sebagai guru lakonan dia mendedahkan tiada perasaan di luar karakter yang dibawa melainkan wujud cinta lokasi antara pelakon.

“Selalunya kami yang bekerja dalam industri kreatif ini, kita jaga ruang dengan rakan lakon terutamanya suami orang… Lebih-lebih lagi pelakon lelaki itu suami kawan baik sendiri… Siapa pula yang ajar nak kena ‘berlakon’ kononnya nak kena feel lebih antara dua hero dan heroin?

“Yang feel terlebih tu diri sendiri. Tuntutan watak boleh sahaja panggil ‘kau aku’ tapi bila kamera roll watak yang berperanan, bukan personaliti diri kita yang menguasai watak itu.

“Kalau diri kita yang berperanan, maka watak itu tidak menjadi… yang jadi adalah layan cinta lokasi tapi watak kelaut. Saya seorang guru lakonan,” jelasnya.

Tambah Ellie, sikap Ruhainies disifatkan tidak berhati perut kerana sanggup memuat naik video mesra bersama Aliff di media sosial biarpun hanya sekadar lakonan di set penggambaran.

“Itulah jenis kawan tidak ada sikap perikemanusiaan, tak ada hati perut. Sangat biadap sikapnya muat naik video mesra luar biasa di set penggambaran feeling-feeling dengan suami kawan baik,” ujarnya.

Sumber mStar Online

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Bawa Suami Kawan Baik Balik Rumah Lagi Tak Beradab – Ellie Suriaty Tegur Ruhainies”

  1. Hi blogged.my Webmaster! my name is Eric and I’m betting you’d like your website blogged.my to generate more leads.

    Here’s how:
    Web Visitors Into Leads is a software widget that’s works on your site, ready to capture any visitor’s Name, Email address and Phone Number. It signals you as soon as they say they’re interested – so that you can talk to that lead while they’re still there at blogged.my.

    Web Visitors Into Leads – CLICK HERE https://blazeleadgeneration.com for a live demo now.

    And now that you’ve got their phone number, our new SMS Text With Lead feature enables you to start a text (SMS) conversation – answer questions, provide more info, and close a deal that way.

    If they don’t take you up on your offer then, just follow up with text messages for new offers, content links, even just how you doing? notes to build a relationship.

    CLICK HERE https://blazeleadgeneration.com to discover what Web Visitors Into Leads can do for your business.

    The difference between contacting someone within 5 minutes versus a half-hour means you could be converting up to 100X more leads today!

    Try Web Visitors Into Leads and get more leads now.

    Eric
    PS: The studies show 7 out of 10 visitors don’t hang around – you can’t afford to lose them!
    Web Visitors Into Leads offers a FREE 14 days trial – and it even includes International Long Distance Calling.
    You have customers waiting to talk with you right now… don’t keep them waiting.
    CLICK HERE https://blazeleadgeneration.com to try Web Visitors Into Leads now.

    If you’d like to unsubscribe click here https://blazeleadgeneration.com/unsubscribe.aspx?d=blogged.my

Comments are closed.