Skip to content

Syarat permohonan Lesen B Penuh dilonggarkan. Semak maklumat

Syarat permohonan Lesen B Penuh dilonggarkan – Lesen memandu adalah satu dokumen penting bagi setiap individu yang ingin memandu di jalan raya Malaysia.

Tanpa lesen memandu yang sah, pemandu boleh dikenakan denda atau tindakan undang-undang. Jenis-jenis lesen memandu adalah seperti berikut:

Lesen Belajar Memandu (LDL)

Lesen ini dikeluarkan kepada individu yang sedang belajar memandu di bawah pengawasan pengajar bertauliah. Dimaklumkan,pemegang lesen ini hanya boleh memandu bersama pengajar di dalam kenderaan.

Lesen Percubaan (P)

Selepas lulus ujian memandu, pemohon akan menerima lesen percubaan yang sah selama dua tahun. Semasa tempoh percubaan ini, pemandu hendaklah mematuhi beberapa peraturan tambahan seperti larangan membawa muatan komersial.

Lesen Kompeten (CDL)

Setelah tamat tempoh lesen percubaan dua tahun, pemandu layak untuk memohon Lesen Kompeten. Lesen ini pada asasnya merupakan lesen memandu penuh dan tiada had tempoh percubaan.

Lesen Vokasional (GDL dan PSV)

Lesen Vokasional pula merangkumi Lesen Kenderaan Barangan (GDL) dan Lesen Perkhidmatan Awam (PSV). GDL diperlukan untuk memandu kenderaan komersial seperti lori, manakala PSV diperlukan untuk teksi, bas atau perkhidmatan e-hailing.

Syarat-syarat bagi permohonan lesen memandu adalah seperti berikut:

  • Pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 16 tahun untuk memohon lesen motosikal (B2) dan 17 tahun untuk lesen kereta (D);
  • Pemohon mesti mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik, termasuk penglihatan yang jelas;
  • Warganegara atau Penduduk Tetap: Lesen memandu di Malaysia hanya dikeluarkan kepada warganegara Malaysia atau penduduk tetap.

Kelas Lesen Memandu berdasarkan jenis kenderaan

Berikut adalah maklumat tentang kelas lesen dan jenis kenderaan:

  • A: Kenderaan Orang Cacat (motosikal) dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 450kg
  • A1: Kenderaan Orang Cacat (motokar) dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3500kg)
  • B: Motosikal Perseorangan melebihi 500cc (B Full)
  • B1: Motosikal Perseorangan tidak melebihi 500cc
  • B2: Motosikal Perseorangan tidak melebihi 250cc
  • C: Motosikal tiga roda
  • G: Traktor/Jentera Bergerak Ringan Berantai dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 5000kg
  • H: Traktor/Jentera Bergerak Berat Beroda dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi 5000kg
  • I: Traktor/Jentera Bergerak Berat Berantai dengan berat tanpa muatan (BTM) melebihi 5000kg

Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM)

Akan tetapi, baru-baru ini – Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan Pelaksanaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 Kepada Lmm Kelas B.

Dengan pelaksanaan program khas ini, pemegang LMM Kelas B2/ B1 yang layak boleh membuat permohonan bagi mengikuti program khas tersebut di mana-mana Institut Memandu (IM) yang terpilih di seluruh Malaysia bermula 1 Oktober 2024.

Syarat-syarat kelayakan bagi program khas ini adalah seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B2/ B1 telah mencukupi tempoh 10 tahun dan ke atas yang sah dan berkuat kuasa;
  • Tempoh kuatkuasa Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas 132/ B1 aktif berterusan;
  • Tiada rekod tamat kuatkuasa Lesen Memandu Kompeten Kelas (CDL) B2/ B1 atau tidak pernah dikenakan fi penyelarasan sepanjang tempoh 10 tahun pemilikan Lesen Memandu Kompeten (CDL) bagi kelas tersebut;
  • Bebas senarai hitam JPJ & PDRM, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod disabitkan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.

Namun begitu, pihak Kementerian telah bersetuju untuk melonggarkan salah satu syarat kelayakan bagi program khas ini. Ini kerana, kementerian bersetuju supaya syarat memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 hanya perlu aktif dan mencukupi tempoh 10 tahun ke atas sahaja.

Kepada yang ingin memastikan kelayakan mereka untuk program khas ini, semakan boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:

  • Aplikasi MyJPJ;
  • Portal mySIKAP awam;
  • Kaunter JPJ.

Jika semakan adalah layak, pemohon boleh datang ke mana-mana Institut Memandu terpilih di seluruh negarayang menawarkan Lesen Memandu Motosikal Kelas B dan mendaftar di bawah program khas ini.

Pemohon juga perlu membuat pengesahan kendiri kesihatan tubuh badan/ minda semasa pendaftaran di Institut Memandu (IM) berkenaan. Jumlah siling fi kepada Institut Memandu (IM) bagi Program Khas adalah sebanyak RM160.

Jumlah fi itu merangkumi pendaftaran dan insurans pelajar, kursus peralihan dan penyesuaian (2 Jam), fi perkhidmatan (termasuk sewaan kenderaan dan litar) dan fi ujian JPJ.

Bagi maklumat lebih lengkap dan rasmi berkenaan program khas ini, sila rujuk di Media Sosial Rasmi JPJ – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version