Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025 Bantuan Sehingga RM800

Sarawak mengumumkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) menyediakan bantuan kewangan antara RM250 hingga RM800.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan inisiatif baharu bantuan kewangan dikenali sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup.

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan inisiatif terbaru, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), dengan peruntukan sebanyak RM450 juta bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.

SKAS merupakan bantuan kewangan berbentuk baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk pembelian barangan makanan asas.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari, SKAS yang diperuntukkan sebanyak RM450 juta pada tahun hadapan dijangka akan memanfaatkan kira-kira 850,000 penerima. Beliau menyampaikan kenyataan ini ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.

Syarat Kelayakan & Kategori Penerima

  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.

Kategori Penerima

A) Kategori Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
  • Tiada had umur.

B) Kategori Bujang

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
  •  Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

C) Kategori Warga Emas

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
  • Had umur 60 tahun dan ke atas.

Jumlah Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah di antara RM250 hingga RM800 bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan. Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800.
  • Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250.
  • Penerima kategori warga emas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400

Tarikh Bayaran

SKAS akan dibayar bermula suku pertama 2025 melalui e-dompet S PAY GLOBAL.

Semakan Status & Kelayakan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 secara automatik akan menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Semakan nama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh dibuat menerusi laman web https://sarawak.gov.my mulai 1 Januari 2025.

Cara Membuat Pendaftaran S Pay Global

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran S Pay Global :

  1. Muat turun aplikasi S Pay Global di Apps Store atau Google Play Store dalam telefon anda.
  2. Pilih “New User Registration”.
  3. Pilih warganegara anda.
  4. Isikan butir-butir maklumat anda.
  5. Muat naik gambar MyKad anda.
  6. Pastikan muka anda dalam bulatan untuk tujuan rakaman.
  7. Masukkan no.TAC yang dihantar ke no.telefon anda untuk pengesahan. Kemudian sila log masuk.
  8. Daftarkan PIN pembayaran anda. PIN ini diperlukan untuk pengesahan pembayaran anda nanti.
  9. Tahniah! Pendaftaran anda telah berjaya. Mulakan gaya hidup CASHLESS anda dengan S Pay Global!

Maklumat Lanjut

Untuk semakan penerima dan maklumat lanjut anda boleh layari pautan berikut: https://sarawak.gov.my

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version