STR FASA 3 : Kategori Ini Tidak Akan Terima Bayaran, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telah dilaksanakan pada Januari dan April lalu. Seramai 8.7 juta golongan B40 telah menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumuman bayaran STR 2023 ini akan melalui 4 fasa bayaran.
Mengenai kategori yang dimaksudkan ini, tidak akan menerima bayaran semasa pengkreditan STR Fasa 3 bulan Jun ini.
Berikut merupakan maklumat yang dikongsikan kepada pembaca.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 STR FASA 3
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
JADUAL & TARIKH BAYARAN
Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan melalui 4 fasa bayaran.
Bayaran STR fasa 1 dan 2 telapun dilaksanakan. Bagi Fasa 3 pula, ianya akan mula dilaksanakan pada :
- SEBELUM AIDILADHA 2023
TIADA BAYARAN UNTUK KATEGORI INI (STR FASA 3)
Berikut adalah kategori yang tidak akan terima bayaran STR Fasa 3 nanti :
- Kategori Isi Rumah (RM2501 – RM5000)
- TIDAK MEMPUNYAI ANAK
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :
- i: Isi Rumah
- a) Kahwin; atau
- b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- ii. Warga Emas Tiada Pasangan
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- iii. Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.
Boleh Dy tahu bila bantusn ini Akan dikreditkan
Bila keluar fasa ke 3
STR fasa 3 akan disalur mulai 26 Jun 2023 . https://www.mynewskini.com/rasmi-str-fasa-3-pembayaran-mulai-26-jun-2023/
Tarikh mula bayar str bujang berapa hari bulan
askum..nk tnye mcm mn nk mohon bantuan ibu bsalin…
Untuk rakyat Sarawak boleh layari laman rasmi https://isarawakcare.sarawak.gov.my/untuk-ibu
(Perlu memohon paling lewat selepas 3 bulan melahirkan)
Saya Penerima,Fasa1 dan 2.Fasa 3 dan 4,AKN dpt juga ke?
Bila Fasa 3 AKN Dikreditkan
Bagi penerima akaun Maybank, ada yang telah dikreditkan. Bank lain secara rasmi pengkreditan bermula 26 Jun 2023.
Saya dh terima untuk fasa 3. Fasa 1 Dan 2 sye xdpt ke?
Baru kahwin update STR xdpat pulak bantuan sebab xdk anak. bukan smua org senang zaman sekarang aih sibat
https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html
Comments are closed.