STR Bujang 2025 Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

STR Bujang 2025 Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1. STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sebanyak RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.

Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.

Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada jumlah RM3100 yang diberikan pada tahun 2023.

Syarat Kelayakan STR Bujang

Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan :

ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan

iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan

iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan

v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

NOTA:

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
  • Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

STR Bujang 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Pembaharuan ini melibatkan dana sebanyak RM 13 biliion berbanding RM 10 bilion sebelum ini dan bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.

Rakyat berstatus bujang juga tidak terkecuali untuk menikmati peningkatan sumbangan ini.

Untuk makluman anda juga mulai tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kadar Bayaran STR 2025 Untuk Kategori Bujang

Berdasarkan pembentangan Bajet 2025, kadar baharu yang diperuntukkan bagi kategori bujang adalah sebanyak RM 600 bagi setiap individu bergantung kepada kelayakan bayaran pada permohonan yang telah diluluskan.

Di samping itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula akan dikreditkan ke MYKAD penerima bermula April 2025.

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

Sehingga hari ini, tarikh bayaran untuk STR 2025 Fasa 1 belum lagi diumumkan oleh pihak kerajaan. Untuk makluman, tarikh bayaran akan diumumkan serentak dengan tarikh semakan STR.

Cara Semakan Status / Kelayakan STR Bujang 2025

Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  4. Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.

Maklumat Lanjut STR Bujang 2025

Infomrasi lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk dapatkan informasi terkini, sila layari saluran berikut :

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version