STR 2025 Kategori Berkahwin Kelayakan & Jumlah Bayaran – Bagi pasangan berkahwin, bantuan ini berfungsi sebagai sokongan kewangan untuk membantu mereka menangani perbelanjaan dalam kehidupan seharian.
STR 2025 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan B40 dan M40 dengan memberikan bantuan kewangan tidak kira bagi yang masih bujang atau sudah berkahwin.
Secara umumnya, syarat kelayakan STR 2025 bagi ketiga-tiga kategori iaitu bujang, Warga Emas Tiada Pasangan, Isi Rumah (Berkahwin) adalah berbeza dan jumlah bantuan yang diberikan juga berbeza.
Tarikh Pembayaran Bantuan STR 2025 Fasa 1
Pembayaran Bantuan STR Fasa 1 pada tahun 2025 akan diumumkan oleh kerajaan pada tarikh yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Syarat kelayakan STR 2025 (Berkahwin)
Anda layak mendapat bantuan STR 2025 bagi kategori isi rumah sekiranya memenui syarat-syarat di bawah:
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Jumlah bantuan STR (Berkahwin)
Jumlah bantuan STR 2025 bagi setiap pasangan ini berbeza mengikut jumlah pendapatan isi rumah dan jumlah anak yang dimiliki oleh sesebuah pasangan itu:
Cara kemaskini status dari bujang ke berkahwin
Sekiranya anda baru sahaja melangsungkan perkahwinan, anda perlu mengemaskini permohonan anda kerana syarat kelayakan individu bujang dan pasangan yang sudah berkahwinan adalah berbeza.
Untuk mengemaskini permohonan anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Login di portal STR
- Klik “Kemaskini Permohonan”
- Tukar status perkahwinan daripada Bujang ke Kahwin
- Isi tarikh perkahwinan
- Isi maklumat pasangan
- Isi maklumat anak (jika ada)
- Kemaskini maklumat waris
- Tekan butang “Teruskan”
- Isi kod dan sahkan CAPTCHA
- Tick kotak Perakuan Permohonan
- Klik Hantar
- Tekan butang Cetak untuk cetak salinan permohonan anda
Kaedah Memohon STR 2025
- Secara Dalam Talian
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Hadir ke
- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Pejabat Satelit LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR
- Borang Permohonan
Boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR
https://bantuantunai.hasil.gov.my
STR 2025 adalah satu peluang yang tidak patut dilepaskan oleh pasangan yang telah berkahwin, terutamanya mereka yang memerlukan sokongan kewangan dan menepati syarat-syarat yang dinyatakan d atas.
Dengan mematuhi syarat yang ditetapkan dan melengkapkan permohonan dengan dokumen yang diperlukan, anda berpeluang menerima bantuan ini supaya sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung.
Kaedah bayaran STR 2025
Kaedah pembayaran STR 2025 bagi pasangan yang sudah berkahwin adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bagi bantuan STR untuk kategori isi rumah, sila berhubung degan pegawai yang bertugas seperti yang berikut:
- Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: str@treasury.gov.my
- Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.