Semakan Status Bayaran E-Wallet RM300 2024 : Bantuan E-Wallet RM300 ini merupakan sebuah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang dilaksanakan bagi tujuan meringankan beban kewangan hidup rakyat di negeri tersebut.
Bantuan E-Wallet ini adalah bantuan untuk membantu golongan keluarga untuk membeli barangan keperluan asas.
E-Wallet RM300 2024
Berikut adalah merupakan beberapa kelebihan bantuan E-Wallet RM300 untuk rakyat:
- E-Wallet boleh digunakan di semua kedai dan pasaraya yang berdaftar.
- Segala urusniaga akan dilaksanakan tanpa tunai (cash)
- Had bulanan bagi pembelian barangan keperluan asas adalah sebanyak RM300
- Baki nilai bantuan bagi bulan terdahulu tidak dapat di bawa ke bulan hadapan.
- Bantuan E-Wallet (BINGKAS) bakal ditambah nilai sehingga RM300 setiap bulan secara automatik.
Semakan Status Bayaran E-Wallet RM300 2024
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Merupakan seorang Warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah lahir di negeri Selangor ataupun menetap di negeri Selangor melebihi dari tempoh 10 tahun.
- Merupakan seorang pemilih yang berdaftar di negeri Selangor
- Mestilah keluarga yang mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun ke bawah.
- Jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
Kini anda boleh melakukan pendaftaran BINGKAS dan membuat semakan secara online sahaja melalui https://bingkasselangor.com/log-masuk
Dokumen Sokongan Permohonan
Semua pemohon perlu menyediakan segala dokumen-dokumen sokongan dengan lengkap seperti yang berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid ataupun Surat Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Kad OKU/Pengesahan Melanjutkan Pelajaran daripada IPTA atau IPTS (Anak/Tanggungan)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (Bagi para pekerja swasta)
- Salinan Sijil Kematian/Penceraian/Laporan Polis (Bagi Ibu/Bapa Tunggal)
- Salinan Slip Gaji/Pencen Terkini (Untuk para penjawat awam/golongan pesara)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN/Ahli Majlis/Penghulu/Ketua Kampung (bagi mereka yang bekerja sendiri/tidak bekerja)
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan ini, anda boleh layari https://bingkasselangor.com/manfaat
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.