Golongan pesawah yang menanam padi dan pekebun kecil-kecilan serta penanam getah, yang menghadapi cabaran cuaca yang tidak menentu, terutama ketika musim tengkujuh, juga akan mendapat manfaat dari Belanjawan 2023 melalui pemberian berbagai subsidi.
Terkini, dimaklumkan bahawa bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 telah ditambah kepada RM800.
Sebelum ini, kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.
Table of Contents
Bantuan Musim Tengkujuh
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan inisiatif kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang dirancang untuk memberi sokongan kepada pekebun kecil dan penoreh getah. Dalam satu langkah positif, Kerajaan telah menaikkan kadar bantuan ini kepada RM800, dibandingkan dengan RM600 sebelumnya.
Tarikh Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 adalah bermula 15 Jun 2023 Hingga 15 September 2023
Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
SYARAT SYARAT KELAYAKAN
- 1 Lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan.
- Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
- 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat
Semakan Status Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh
Jika anda sudah membuat permohonan BMT, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:
Portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/
Pautan/link untuk menyemak Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023/2024 bagi pekebun kecil getah yang berdaftar dengan LIGS : http://bmt.ligs.gov.my/
Jumlah Bantuan
Kadar bantuan berjumlah RM800.00 yang akan dibayar secara online (EFT), iaitu terus ke akaun penerima pada November & Disember 2023 serta Januari & Februari 2024 sebanyak RM200 setiap bulan.
Tarikh Bayaran BMT 2023
Sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil sebanyak RM800 akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan seperti berikut:
- November / Disember 2023 – RM400
- Januari 2024 – RM200
- Februari 2024 – RM200
Bagi yang masih berstatus DALAM PROSES, hubungilah pejabat RISDA yang tertera dalam semakan status https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/ atau di dalam Portal Pekebun Kecil RISDA. Mohon bercakap dengan pegawai yang mengendalikan BMT dan minta buat semakan dan kelulusan di dalam sistem.
Maklumat Lanjut
Bagi yang telah membuat permohonan dan permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temujanji.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:
- Khidmat Bantuan/Cadangan/Maklumbalas klik Di sini
- Talian Hotline : 03-42510171
- Emel : portalpk@risda.gov.my
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.