Skip to content

Semakan MySalam 2024

Semakan MySalam 2024 – Bantuan MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk  tujuan perlindungan takaful bagi golongan yang berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.

Antara manfaat MySalam 2024 adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Skim ini adalah bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi.

Manfaat MySalam 2024

Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan bagi tempoh dua tahun lagi.

Berikut akan dikongsikan manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti yang berikut:

  • Menerima bayaran RM8,000 yang akan diagihkan dalam masa yang diumumkan.
  • Menerima bayaran harian dalam tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.

Terkini, penghantaran tuntutan bagi penerima mySalam yang telah diagnosis dari tahun 2019-2023 hanya boleh dihantar sehingga 30 Jun 2024 saja.

Selepas tarikh ini tuntutan bagi diagnosis 2019-2023 tidak akan diterima lagi.

Semakan MySalam

Semakan MySalam 2024 kini telah dibuka bermula 7 Julai 2024 di portal rasmi MySalam. Bagi pemohon yang layak, sekiranya anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan atau didiagnosis dengan penyakit kritikal bermula 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.

Anda boleh menghantar tuntutan tersebut melalui portal MySalam bermula 7 Julai 2024. Sila pastikan semua dokumen tuntutan dan maklumat akaun bank anda adalah lengkap dan tepat.

Cara Mohon MySalam 2024

Berikut akan dikongsikan cara untuk menebus bantuan MySalam 2024:

  • Penerima STR akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
  • Semakan boleh dilakukan menerusi pautan rasmi MySalam di pautan https://www.mysalam.com.my/b40/info/.
  • Kepada semua penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi sistem SMS Tetapi jika anda layak namun tidak menerima SMS, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian 1-300-888-938.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version