Semakan Bantuan SARa dikongsikan di halaman ini, bantuan SARa ini dikreditkan dalam tempoh 6 bulan sehingga Disember 2023.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan RM600 kepada penerima STR dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
Table of Contents
SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARa)
Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar.
Bantuan ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai “Miskin Tegar” mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600.
SEMAKAN BANTUAN SARa
Semakan terus melalui portal rasmi – Portal rasmi STR di pautan Laman Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bahagian menu “Semakan Permohonan” ataupun portal rasmi MyKasih (untuk penerima dari Semenanjung Malaysia)
KAEDAH PEMBAYARAN
Penerima yang layak* akan menerima SARa melalui 3 kaedah berikut:
- Penerima dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu – Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 17 Julai 2023
- o Penerima dari Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor – Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 31 Julai 2023
- Penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan – Bayaran sebanyak RM600 akan dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula pada 7 Ogos 2023
Bagi penerima yang menetap di Semenanjung Malaysia, sila rujuk Laman Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARa) untuk semakan kelayakan serta maklumat terperinci berhubung mekanisme SARa atau rujuk Laman MySTR
JADUAL PENGKREDITAN
Jadual pengkreditan SARa (bagi penerima dari Semenanjung Malaysia) adalah seperti berikut:
KELAYAKAN SARa
Kelayakan bagi SARa ini terhad kepada:
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dalam pangkalan data eKasih yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023*; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
MAKLUMAT LAIN
Tiada permohonan diperlukan*Semua penerima SARa yang layak akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARa di alamat berdaftar dalam permohonan STRSelain itu, semakan kelayakan SARa boleh dibuat melalui kaedah berikut:
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Maklumat melalui SMS ataupun WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
- Hubungi: LHDN di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau MOF di talian 03-8882 4565/8882 4566 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau MyKasih (untuk penerima dari Semenanjung Malaysia) di talian 03-7720 1800 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah (SARa)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.