Skip to content

Bantuan Perkahwinan Kelantan Sebanyak RM1000

  • Bantuan

Bantuan Perkahwinan Kelantan adalah daripada Skim Gerbang Az-Ziwaaj. Skim ini adalah merupakan satu skim atau saguhati khas kepada pasangan pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menuju negeri berkebajikan.

Bantuan perkahwinan RM1,000.00 akan diberikan kepada pasangan yang ingin berkahwin (mengikut syarat dan kelayakan).

Berikut adalah perkongsian ringkas mengenai Bantuan Perkahwinan.

KELAYAKAN BANTUAN PERKAHWINAN

Berikut merupakan kelayakan untuk Bantuan Perkahwinan:

  • Pemohon mestilah LELAKI
    • Hanya pemohon lelaki sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan Skim Az-Ziwaaj
  • Warganegara Malaysia
    • Hanya warganegara Malaysia sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan
  • Dilahirkan di Kelantan
    • Dilahirkan di negeri Kelantan (nombor kad pengenalan bermula 03 @ 29), atau dapat membuktikan bahawa telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
  • Kategori Pemohon
    • Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlulah dibantu. (mengikut kriteria dan juga budi bicara kerajaan negeri)
  • Perkahwinan Pertama
    • Hanyalah perkahwinan yang pertama sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  • Pendapatan Bulanan
    • Pendapatan bulanan pemohon mestilah tidak melebihi jumlah RM2000.00 sebulan.
  • Tempoh Permohonan
    • Permohonan mestilah sekurang-kurangnya sebulan sebelum dari tarikh perkahwinan. Permohonan yang lewat diterima tidak akan diproses.
  • Dokumen yang diperlukan
    • Permohonan mestilah disertakan bersama dengan sijil-sijil dan dokumen yang disahkan iaitu Salinan Borang Permohonan, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Surat Beranak/ Sijil Kelahiran, Salinan Sijil Kursus Perkahwinan/ Surat Pengecualian Kursus Perkahwinan, Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV), Salinan Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin (Borang 1), Salinan Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan oleh Penghulu Mukim/ Penggawa, Gambar Berukuran Passport dan juga Salinan Pengesahan No. Akaun/ Penyata Akaun Bank.

CARA MEMOHON

Langkah Pertama – Isi Maklumat Permohonan

  • Isi maklumat pemohon (Pastikan maklumat diisi dengan lengkap)
  • Isi maklumat pasangan (Pastikan maklumat diisi dengan lengkap)

Langkah Kedua – Memuat Turun Borang Permohonan

  • Setelah maklumat pemohon & pasangan lengkap diisi, pemohon perlu memuat turun & mencetak borang permohonan. Pemohon juga perlu mengesahkan borang permohonan tersebut dengan penghulu mukim.

Langkah Ketiga – Memuat naik Borang Permohonan

  • Borang permohonan yang telah disahkan perlu dimuatnaik beserta dengan beberapa dokument yg dipinta.

Langkah Keempat – Pengakuan

  • Langkah seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan terhadap semua butiran yang diisi dan dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik. Disini juga, permohon perlu membuat pengakuan bahawa semua butiran yang diberikan adalah benar.

Langkah Kelima – Hantar Permohonan

  • Setelah pengakuan dibuat, pemohon perlu menekan butang ‘Hantar Permohonan’ bagi melengkapkan proses permohonan SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ.

PERMOHONAN BANTUAN PERKAHWINAN

Untuk permohonan Bantuan Perkahwinan, sila layari Portal Skim Gerbang Az-Ziwaaj di pautan berikut:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.