Save 4.0 Rebat RM400 ini diperkenalkan oleh Pembangunan Tenaga Lestari dengan objektif memberi kesedaran kepada pengguna tentang kecekapan penggunaan elektrik.
Save 4.0 Rebat RM400
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah memperkenalkan sebuah program yang memberikan e-Rebat sehingga RM400 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Ini bermaksud jika anda membeli sesuatu barang tersebut, anda akan mendapat diskaun sehingga RM400.
Setiap bantuan yang diperkenalkan mempunyai misinya tersendiri. Begitu juga, dengan bantuan ini. Ia mempunyai beberapa objektif seperti berikut:
- Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;
- Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penjanaan tenaga melalui penjimatan tenaga; dan
- Menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca hasil dari pengurangan penjanaan tenaga.
Kelayakan Bantuan Save 4.0
Untuk menerima bantuan ini, anda mesti memenuhi syarat berikut:
- a) Warganegara Malaysia;
- b) Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Sdn. Bhd; dan
- c) 1 akaun bil elektrik hanya layak memohon 1 e-rebat bagi setiap peralatan.
Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima
Bantuan e-Rebat ini akan memberikan setiap isi rumah yang layak untuk mendapat e-Rebat sehingga RM 400.
RM 200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk dengan pembelian peralatan elektrik cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang.
Senarai Kedai/Pasaraya Yang Boleh Anda Tebus Bantuan Ini
Terdapat banyak kedai dan pasaraya yang berdaftar serta melayakkan anda menebus RM400 ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai senarai tersebut, boleh ke laman web berikut: https://save.seda.gov.my/publics/retailer
Terdapat kedai ternama sama ada fizikal atau atas talian. Jika kedai atas talian, pastinya platform seperti Shopee ada di dalam senarai. Jadi, anda tak perlu berasa risau untuk menebus bantuan ini.
Pastikan anda menyemak dengan betul mengenai kedai fizikal agar tidak melakukan kesalahan ketika pergi membuat pembelian. Ini kerana anda akan membazir wang dan tenaga.
Senarai & Jenama Barang Yang Boleh Anda Beli
Anda layak untuk mendapat e-Rebat sekiranya anda membeli peralatan
elektrik cekap tenaga berlabel 4 & 5 bintang.
Maksud label bintang ini adalah bahawa barang tersebut telah diuji dan diiktiraf oleh agensi yang berwibawa sebagai cekap tenaga.
Banyak jenama dan model yang boleh anda pilih berdasarkam laman web SEDA Malaysia.
Sila semak senarai jenama di laman web berikut: https://save.seda.govh.my/publics/product
Cara Untuk Memohon
Cara memohon atau menebus adalah agak mudah. Terdapat dua cara untuk memanfaarkan bantuan ini:
1) Pembelian dan Penebusan di Kedai atau Pasar Raya berdaftar
2) Pembelian secara atas talian
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan juga agak mudah. Pembeli hanya perlu ada no akaun bil elektrik yang sah.
Pastikan nama pemilik bil elektrik itu nama anda atau nama orang yang pergi menebus bantuan ini. Jangan lepaskan peluang ini. Ini kerana bantuan ini menggunakan konsep kuota. Siapa cepat dia dapat.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.