Rumah Harapan Rakyat 2023 adalah inisiatif yang telah diumumkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin bin Harun.
Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan Rumah Harapan Rakyat kepada Rakyat di Negeri Sembilan yang ingin memiliki rumah dengan bayaran balik serendah RM238 sebulan.
Tujuan inisiatif ini diumumkan adalah untuk memberi ruang kepada rakyat berpendapatan rendah di Negeri Sembilan untuk memiliki rumah pada harga yang berpatutan.
Mereka yang berminat boleh membuat permohonan mulai 16 April 2023 sehingga 14 April 2023.
Rumah Harapan Rakyat 2023: Harga
Harga rumah yang ditawarkan menerusi inisiatif ini adalah RM85,000 seunit.
Mereka yang layak akan ditawarkan pinjaman sehingga RM75,000 dengan baki RM10,000 akan disubsidi oleh kerajaan negeri.
Deposit yang dikenakan adalah 5% atau RM3,750 dengan yuran guaman adalah percuma.
Kadar Bayaran Balik
Bayaran balik yang akan dikenakan bagi pembeli rumah adalah sebanyak RM238 sebulan.
Tempoh bayaran balik pinjaman pembiayaan adalah selama 300 bulan atau 25 tahun.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang dikenakan kepada pembeli rumah adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
- Keutamaan kepada yang telah berkahwin.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami.
- Memiliki tanah (hak milik/perkongsian). Tanah tersebut hendaklah bersesuaian bagi pembinaan rumah dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya.
- Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi atau 232 meter persegi.
- Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar dan boleh diakses oleh kenderaan berat.
- Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan pasangan (isteri/suami).
- Salinan kad pengenalan penjamin.
- Salinan sijil nikah/salinan daftar perkahwinan/sijil cerai/sijil kematian.
- Salinan kad pengenalan atau sijil lahir/mykid anak atau tanggungan.
- Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini pemohon.
- Salinan perakuan pendaftaran syarikat dari suruhanjaya syarikat malaysia (SSM) (Jika berkaitan).
- Slip gaji terkini pemohon – 3 bulan terakhir.
- Slip gaji terkini pasangan (isteri/suami) – 3 bulan terakhir (jika berkaitan).
- Surat pengesahan pendapatan yang telah lengkap diisi dan disahkan (jika berkaitan).
- Penyata KWSP pemohon (jika berkaitan).
- Penyata KWSP pasangan (isteri/suami) (Jika berkaitan).
- Gambar rumah terkini (jika ada).
- Gambar tapak cadangan (pelbagai sudut).
- Salinan hakmilik tanah.
- Salinan sijil carian rasmi.
- Pengesahan ketua adat (jika berkaitan).
- Surat akuan kebenaran pemilik tanah (jika berkaitan).
- Maklumat eKasih (jika berkaitan).
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://www.pknns.gov.my/perkhidmatan/muat-turun-dokumen/rumah-harapan-rakyat-1.
- Klik bahagian borang dan muat turun borang permohonan tersebut.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan beserta dengan dokumen yang diperlukan ke pejabat daerah terdekat atau ke alamat berikut:
Bahagian Pengurusan Strategik,
23-H, Tingkat Bawah, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Harapan Rakyat ini, sila hubungi pihak Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan di talian 06-761 6871.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.