RM900 Dibayar Terus Ke Akaun Bulan Ini

RM900 Dibayar Terus Ke Akaun Bulan Ini – Kerajaan negeri yang telah memperkenalkan bantuan khusus kepada golongan yang memerlukan terutama golonga B40.

Antaranya adalah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah melalui PADANS. Berikut adalah maklumat selanjutnya.

Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah – PADANS

Di bawah Belanjawan 2025 Negeri Sabah, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas.

Ia juga bagi membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah.

Sebelum itu, berikut adalah maklumat syarat-syarat kelayakan bantuan ini:

  • Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun; dan
    • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin dan miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih dan Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; dan
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK).
  • Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja); atau
  • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar; atau
  • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di masih di bawah paras kemiskinan tegar.

Pembayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah

Bagi pembayaran bantuan ini, ia ditetapkan sebanyak RM300 setiap bulan. Ia dibayar sebanyak empat fasa dengan kadar RM900 setiap fasa. Berikut adalah jadual pembayarannya:

  • Fasa 1: Januari – Mac (Pakej Hari Raya Aidilfitri) RM900
  • Fasa 2: April – Jun (Pakej Hari Kaamatan) RM900
  • Fasa 3: Julai – September (Pakej Merdeka) RM 900
  • Fasa 4: Oktober – Disember (Pakej Hari Krismas) RM900

Kaedah pembayaran bantuan ini pula adalah seperti berikut:

  • Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
  • Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
  • Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO.

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengemas kini data di dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS). Bagi semakan kelulusan dan kelayakan pula, ia boleh dibuat di laman web SYUKUR Sabah.

Untuk makluman, sebarang transaksi pembayaran bantuan ini hanya akan dilakukan kepada akaun bank penerima yang  layak sahaja. Penggunaan akaun individu lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Maklumat lebih terperinci serta lengkap tentang Program Sentuhan Kasih Rakyat boleh dilihat dan rujuk di Portal PADANS – DI SINI.

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version