Program Perumahan Rakyat 2023 (PPR) kini dibuka untuk permohonan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan rumah boleh cuba memohon program ini.
Program PPR ini khas untuk rakyat yang belum memiliki rumah sendiri dan ingin memiliki rumah sendiri, sila jangan lepaskan peluang ini.
Ikuti perkongsian di bawah ini bagi mengetahui mengenai Program Perumahan Rakyat (PPR) serta cara untuk memohon.
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 2023 (PPR)
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk penempatan setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah seperti B40.
Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi yan dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
Untuk pengetahuan, terdapat dua skim PPR yang boleh dimohon iaitu :
- PPR Disewa
- PPR Dimiliki
CIRI-CIRI RUMAH PPR
Berikut merupakan ciri-ciri Program Perumahan Rakyat (PPR) :
- Kawasan bandar-bandar besar – Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar – Jenis rumah teres
- Keluasan – Tidak kurang daripada 700 kps
- Binaan – 3 bilik tidur – 1 ruang tamu – 1 ruang dapur – 2 bilik air
- Kemudahan asas – Dewan komuniti / ruang orang ramai – Surau / ruang solat – Gerai makan / ruang niaga – Tadika – Kemudahan OKU – Taman permainan / kawasan lapang – Rumah sampah
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PPR
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Skim PPR ini terbahagi kepada dua iaitu PPR Dimiliki Dan PPR Disewa. Berikut adalah syarat kelayakan bagi kedua dua skim tersebut :
Skim PPR Dimiliki
Syarat kelayakan bagi permohonan skim PPR Dimiliki ini adalah :
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Skim PPR Disewa
Syarat kelayakan bagi permohonan skim PPR Dimiliki ini adalah :
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
CARA PERMOHONAN PPR
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan berserta gambar sebagai rujukan untuk memudahkan anda membuat permohonan :
- Buka laman web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat e-mel) dan klik ‘Daftar’
- Anda akan menerima satu emel untuk anda membuat pengesahan. Buka emel dan buat pengesahan akaun
- Kemudian log masuk ke portal SPRN seperti biasa
- Pilih skim mengikut kelayakan anda
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan
- Pilih projek (PPR)
- Muat naik dokumen yang diminta
- Setelah lengkap permohonan, bolehlah anda mengemaskini permohonan anda dengan klik ‘Kemaskini Permohonan’
MAKLUMAT LANJUT
Bagi anda yang ingin membuat semakan bagi projek PPR yang terkini di negeri anda, sila ke : Projek PPR Terkini
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut mengenai Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN), bolehlah kemukakan di :
- Emel : teduh@kpkt.gov.my
- Helpdesk : https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk
- Skim PPR : 03-889 14052 (Selangor, Melaka, Johor, N9) 03-889 14278 (KL, Sabah, Sarawak) 03-889 14028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.