Skip to content

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024 Telah Dibuka

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2024 atau nama singkatannya BMT telah pun di buka bermula 1 Jun 2024 lalu.

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak boleh memohon dan mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2024 di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir di mana-mana Pejabat RISDA berhampiran untuk bantuan dan info lanjut.

Melalui Portal Pekebun Kecil makluman telah pun di buat pada 29 Mei 2024. Portal Pekebun Kecil merupakan satu medium yang memusatkan perkhidmatan dan aktiviti RISDA kepada Pekebun Kecil. Portal ini menyokong pendaftaran dan pengemaskinian profil Pekebun Kecil secara kendiri.

Portal ini juga membolehkan Pekebun Kecil memohon bantuan yang ditawarkan oleh RISDA secara atas talian dan sistematik.

Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Mulai 2023, jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) telah dinaikkan kepada RM800.

Sebelum tahun 2023, jumlah bantuan yang ditetapkam adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.

Berikut adalah maklumat-maklumat penting yang perlu anda tahu untuk membuat semakan dan permohonan BMT.

Bantuan musim tengkujuh 2024

PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2024

Tarikh Permohonan dan membuat kemaskini maklumat peribadi untuk Bantuan Musim Tengkujuh 2024 adalah bermula 1 Jun hingga 30 September 2024.

Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan atau secara online melalui laman portal rasmi yang disediakan.

Manakala, permohonan untuk Penoreh Getah hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada.

BMT 2024

Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  3. Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
  6. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA)

Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar
  4. Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
  5. Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).
Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA https://pekebunkecil.risda.gov.my/

Untuk permohonan secara manual, pemohon perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.

Sila bawa bersama dokumen yang diperlukan seperti senarai di bawah ini ketika membuat permohonan.

Tatacara permohonan bmt 2024

Dokumen Yang Diperlukan

Anda perlu membawa salinan dokumen berikut ketika membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

i) Pekebun Kecil RISDA & Individu

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Geran asal tanah dan salinan;
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif
  4. Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan

ii) Penoreh Bukan Pemilik

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  3. Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer);
  4. Salinan buku akaun bank yang aktif;
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh)
  6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Pekebun Kecil di bawah Agensi

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  2. Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah);
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif;
  4. Surat pengesahan daripada Agensi
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (Wajib bagi permohonan di bawah JPS dan JAKOA ).

Semakan Status Permohonan BMT

Jika anda sudah membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:

Tarikh Bayaran BMT 2024

Sumbangan BMT pekebun kecil sebanyak RM800 biasanya akan dibayar secara berperingkat untuk tempoh empat bulan bagi tahun 2024 dan 2025 seperti berikut:

  • November / Disember – RM400
  • Januari – RM200
  • Februari – RM200

Kaedah Penerimaan Bantuan

Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Permohonan Gagal

Bagi yang telah membuat permohonan dan permohonan anda tidak berjaya, anda boleh menghubungi mana-mana pejabat RISDA yang berhampiran untuk membuat temujanji.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi hotline BMT RISDA melalui nombor di bawah:

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.