Skip to content

Lembaga Sekolah, PIBG dari 11 SMJK & SMC bantah pelaksanaan satu kelas guna Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar?

  • Berita

Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Bentuk semula & kaji kaedah pengajaran Bahasa Melayu

Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Menengah Chung Ling Pulau Pinang, Datuk Seri Koay Hean Eng berkata, hampir semua ibu bapa di sekolah-sekolah tersebut menentang dasar ini dan enggan memasukkan anak-anak mereka ke dalam kelas yang menggunakan Bahasa Melayu. Malah katanya, dasar ini menimbulkan kekeliruan dan ketidakseimbangan psikologi dalam kalangan pelajar.

Jelas Hean Eng, dasar ini bertentangan dengan hasrat asal Program Dwibahasa (DLP) dalam Sains serta Matematik, yang sepatutnya memperkukuh dan melengkapkan pelajar dengan lebih baik dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta Pendidikan Teknikal dan Latihan (TVET) untuk meneruskan matlamat ‘pelan induk industri baharu 2030’.

Walaupun hasrat kementerian adalah meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Melayu, wakil Lembaga Sekolah dan PIBG berpendapat kementerian seharusnya lebih berusaha dalam membentuk semula sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan mengkaji kaedah pengajarannya.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran Sains dan Matematik mungkin memberi kesan buruk kepada pelajar yang sudah ‘lemah’ dalam Bahasa Melayu.

Ibu bapa berterusan bangkit isu sama

Sementara itu, Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Perempuan Cina Pulau Pinang, Dr Goh Huck Keen berkata, ibu bapa memandang pengajaran dalam Bahasa Melayu sebagai satu bentuk hukuman paksa ke atas anak-anak mereka.

Meskipun kelas tersebut baru dimulakan tahun ini, ibu bapa secara berterusan membangkitkan isu itu dengan pihak pentadbir sekolah.

Situasi ini menimbulkan percanggahan besar di kalangan ibu bapa dan menuntut perhatian Kementerian Pendidikan untuk memahami kehendak ibu bapa serta memastikan kesinambungan pendidikan pelajar di semua sekolah.

Sumber: Harian Metro (Audrey Dermawan)

Kredit TheReporter

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.