Pendaftaran MyDigital ID Malaysia – Dalam usaha untuk memasuki era digital yang semakin canggih, pihak MyDigital ID telah merangka langkah pendaftaran yang teratur seperti ini sebagai persediaan menuju negara digital dimasa hadapan.
Ikuti dan fahami proses-proses pendaftaran seperti dalam halaman ini .Kesemua proses ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja .
MyDigital ID Malaysia
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), IDN merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk sumber tunggal.
ID Digital Nasional ini dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.
Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ada menyuarakan kebimbangan kononnya cip dalam badan akan dimasukkan, mahupun rekod peribadi serta perbankan akan terbocor selepas pelaksanaan Identiti Digital Nasional (IDN).
Maka dengan itu beliau menjelaskan bahawa IDN yang dilaksanakan Mimos Berhad (MIMOS), merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, malah ia bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bergiat aktif dalam memberikan penerangan dan penjelasan, malah kerajaan buat masa ini tidak memaksa mana-mana individu untuk berdaftar dengan Digital ID.
ID Digital Nasional tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melengkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.
Kelebihan MyDigital ID
Antara kelebihan ID digital ini bagi rakyat Malaysia adalah:
- Pengesahan diri yang tepat dan dipercayai
- Menghapuskan pertindihan data identiti
- Kurangkan risiko penipuan identiti atas talian
- Kemudahan log masuk tunggal untuk pelbagai aplikasi
- Selamat, pantas dan mudah bagi tujuan transaksi atas talian
- Memudahkan akses perkhidmatan kerajaan di atas talian (JPJ, PDRM, JPN, SPRM dan LHDN)
Tarikh Pelaksanaan & Pendaftaran
ID Digital atau Identiti Nasional ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024.
Pendaftaran akan dibuka kepada umum pada Mac 2024.
Cara Daftar & Login My Digital ID Malaysia
Pendaftaran IDN boleh dibuat melalui Kios IDN.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum mendaftar di kios IDN:
- Muat turun aplikasi MyDigital ID dalam peranti / telefon mudah alih
- Tetapkan kata laluan (8 aksara) yang akan digunakan untuk log masuk
- Bawa bersama kad pengenalan untuk proses verifikasi di Kios IDN
Pautan muat turun aplikasi MyDigitalID :
- Google PlayStore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.mimos.signetclient&hl=en&gl=US
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/mydigitalid/id1435289143
Maklumat pendaftaran dan lokasi kios pendaftaran akan disenaraikan di laman web MyDigital ID kelak.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk :
- Facebook MyDigital_ID
- Laman web MIMOS : https://www.mimos.my/main/portfolio/mydigitalid/
MIMOS Sebagai Pusat R&D dan Pelaksana
MIMOS Berhad dilantik sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang bertanggungjawab sebagai pelaksana program MyDigital ID Malaysia atau Identiti Digital Nasional (IDN) dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta.
Pada 21 November 2023, dilaporkan bahawa peruntukan itu akan disalurkan kepada MIMOS pada awal Disember 2023 oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyegerakan pelaksanaan program berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan bahawa MIMOS menyelenggarakan ID Digital untuk Malaysia : “Ada keperluan segera, ada peruntukan untuk maksud tersebut (Digital ID) yang diluluskan KDN. Untuk mempercepatkan proses itu, kita segerakan dan minta program pelaksana itu diawalkan. Saya mendapat jaminan bahawa ia dapat disegerakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang dengan syarat kerajaan meluluskan peruntukan,”
Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa selain peruntukan awal, beberapa peraturan kelulusan lain yang berkaitan dengan program ID Digital juga akan diselesaikan sebelum akhir bulan November 2023.
Beliau menjelaskan ID Digital diperlukan bagi membantu kerajaan melaksanakan program subsidi bersasar serta program-program lain yang dirancang untuk rakyat.
MyJPJ & MyDigital ID
MyDigital ID kini sudah berintegrasi dengan MyJPJ. Log masuk MyJPJ menggunakan MyDigitalID untuk upgrade akaun MyJPJ dari versi Standard ke versi Advanced.
Maklumat Lanjut MyDigital ID (IDN)
MyDigital ID adalah salah satu inisiatif kerajaan. Rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID demi menjamin keselamatan dari ancaman siber ke atas maklumat diri dan juga akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.
Untuk info terkini, sila rujuk saluran berikut:
- Facebook MyDigital_ID
- Laman web rasmi : https://digital-id.my/
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.