Skip to content

Permohonan Lesen B Penuh (Full)

Permohonan Lesen B Penuh (Full) – Program khas peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) motosikal kelas B1 atau B2 kepada kelas B Penuh (B Full) akan bermula 1 Oktober 2024.

Justeru itu, mulai 1 Oktober ini, tiada lagi program mendapatkan LMM kelas B1 di Institut Memandu akan dibuka kepada orang ramai.

Pemohon juga boleh membuat permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi JPJ.

Lesen B Penuh (Full)

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama 10 tahun dan ke atas akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan program itu membolehkan pemegang lesen kelas B1 dan B2 untuk beralih kepada lesen motor kelas B, dengan mengikuti syarat-syarat ditetapkan.

Antaranya, pemohon tersebut telah memegang lesen kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan, minimum 10 tahun.

“Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.

“Kita buat keputusan bukannya menghadkan had umur, tetapi melihat kepada tempoh pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman membawa motosikal.

“Menghadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu melibatkan program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pemanduan/pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh 2 jam dan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh qualified training officer (QTO) di institut memandu”, katanya.

Syarat-syarat Program Khas Peralihan Lesen Motosikal Kelas B1 / B2 Ke Kelas B Penuh

Berikut dikongsikan syarat-syaratnya melalui kenyataan rasmi beliau berhubung pelaksanaan program ini.

PROGRAM KHAS MENDUDUKI PROGRAM PERALIHAN KEPADA PEMEGANG LESEN MEMANDU KELAS B1 / B2 UNTUK BERALIH MENDAPATKAN KELAS B:

  1. Individu telah memegang Lesen Memandu kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minima 10 tahun. Syarat ini bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar.
  2. Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333.
  3. Pengesahan sihat tubuh badan / minda / fizikal secara deklarasi kendiri oleh individu.
  4. Menhadiri dan lulus program peralihan dan penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di Institut Memandu melibatkan program amali pengunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pemanduan / pengoperasian motosikal berkuasa besar untuk tempoh 2 jam
  5. Pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh Qualified Training Officer di Institut Memandu. Pengsahan ini amat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang mengendalikan motosikal berkuasa besar demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan individu tersebut.

MENGGABUNGKAN KELAS B1 (motosikal <499c) dengan B

  1. Penggabungan kelas B1 dengan kelas B akan dilaksanakan, di mana individu layak memandu semua kuasa – cc motosikal, dan tidak terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah sahaja bagi kelas B1.
  2. Bagi pemegang lesen B1 sedia ada, mereka akan kekal di kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas di atas bagi mendapatkan kelas B

Tempoh Pelaksanaan

Program khas peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) motosikal kelas B1 atau B2 kepada kelas B akan bermula 1 Oktober 2024.

Program khas peralihan ini tidak mempunyai tempoh masa tamat dan akan diteruskan sehingga satu tempoh yang akan ditentukan dan dimaklumkan kemudian.

Caj Yang Dikenakan Untuk Program Peralihan Lesen Memandu Kelas B Penuh

Bagi tujuan menjalani program khas peralihan tersebut, caj perkhidmatan sejumlah RM160 akan dikenakan kepada calon bagi menampung kos operasi yang terlibat di institut memandu.

Cara Permohonan

CARA 1 : SEMAKAN MELALUI LAMAN WEB JPJ

Kini anda boleh semak Kelayakan Program Khas Peralihan CDL kelas B full.

  1. Klik https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  2. Pilih kategori individu, guna nombor kad pengenalan sebagai ID pengguna dan password MyJPJ untuk log in.
  3. Klik Lesen Memandu> turun bawah dan pilih semak Kelayakan Program Khas Peralihan CDL kelas B full.

Rujuk paparan di bawah:

Lesen b penuh (full)

CARA 2 : SEMAKAN MELALUI APLIKASI MYJPJ

  1. Buka aplikasi MyJPJ (kalau belum ada, sila download)
  2. Semak Paparan Utama > Pelesenan Pemandu
  3. Klik > Semakan Kelayakan Program Khas Peralihan Kelas B

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pelaksanaan program ini, sila rujuk saluran berikut:

Sumber: Ministry of Transport Malaysia,  https://berita.rtm.gov.my

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.