Skip to content

Pelbagai Bantuan Ibu Tunggal Yang Boleh Dimohon

Pelbagai Bantuan Ibu Tunggal – Untuk makluman semua, pendaftaran untuk memohon bantuan kerajaan persekutuan atau negeri boleh dimohon secara online atau manual.

Kerajaan Malaysia ada menawarkan beberapa bantuan khusus untuk ibu tunggal di Malaysia yang terjejas, ini menunjukkan prihatin terhadap golongan ibu tunggal ini dengan menyediakan bantuan kewangan, tempat tinggal, dan barangan keperluan asas.

Ibu tunggal di Malaysia yang terjejas dari segi ekonomi akibat kehilangan sokongan kewangan daripada kematian suami atau perceraian memerlukan bantuan dari pelbagai pihak termasuklah pihak kerajaan.

Antara jabatan yang menawarkan bantuan kepada ibu tunggal adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita.

Bantuan JKMM Untuk Ibu Tunggal

Antara bantuan yang disediak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ibu tunggal adalah seperti berikut:

Bantuan Bulanan – Bantuan Am

  • Bantuan Penyaraan Kanak-kanak
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Elaun Pekerja cacat
  • Bantuan Orang Tua
  • Bantuan Am

Bantuan Sekaligus – Geran Pelancaran

  • Bantuan Alat Tiruan / Sokongan
  • Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
  • Bantuan Sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah)

Terdapat beberapa agensi yang terlibat dengan pihak kerajaan yang menawarkan bantuan kepada ibu tunggal. Seperti yang dikongsikan di bawah ini. Maklumat ini merangkumi maklumat umum ibu tunggal, bantuan kebajikan, perubatan, perniagaan dan direktori persatuan ibu tunggal seluruh Malaysia.

Bantuan Kebajikan Ibu Tunggal

Terdapat beberapa bantuan kebajikan yang ditawarkan kepada ibu tunggal. Antaranya adalah seperti berikut.

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah Skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan Ibu Tunggal yang layak 

Maklumat lanjut layari Portal JKM – Bantuan Kanak-Kanak

2. Bantuan Orang Tua

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. 

Maklumat lanjut, layari Portal JKM – Bantuan Orang Tua

3. Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Maklumat lanjut, layari Inisiatif Iltizam Selangor Penyayang

4. Bantuan Zakat

Ibu Tunggal yang cukup kriteria penerimaan zakat boleh memohon bantuan zakat menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Bantuan Perubatan Dan Kesihatan Untuk Ibu Tunggal

Dalam usaha untuk memastikan akses kepada kesihatan dan perubatan yang berkualiti, Bantuan Kesihatan dan Perubatan untuk Ibu Tunggal merupakan aspek yang penting dalam menyokong kesejahteraan dan kesihatan.

Dengan menyediakan bantuan yang penting ini, langkah ini tidak hanya membantu mengurangkan kos perbelanjaan kesihatan ibu tunggal tetapi juga membantu dalam memelihara kesihatan fizikal dan mental kepada golongan ibu tunggal yang memerlukan.

Bantuan Perniagaan Ibu Tunggal

Bantuan Perniagaan untuk Ibu Tunggal menjadi elemen penting dalam menyokong dan meringankan beban perniagaan di kalangan golongan ibu tunggal. Kepekaan terhadap cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal dalam menjalankan perniagaan mereka menandakan kepentingan penyediaan bantuan yang strategik. Melalui pelbagai inisiatif, bantuan dan sokongan, tindakan ini bukan hanya memberi peluang untuk bertahan dalam perniagaan, tetapi juga memperbaiki ekonomi keluarga ibu tunggal.

Berikut adalah beberapa bantuan pembiayaan kepada para peniaga yang berstatus ibu tunggal.

  1. TEKUN Nasional

Skim Pembiayaan Program TemanNita

Skim ini Membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.

Maklumat lanjut layari Portal TEKUN Nasional – Skim Pembiayaan Program TemanNita

  1. Amanah Ikhtiar Malayia (AIM)

Penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan.  Hanya golongan wanita yang boleh menyertai program AIM.

Maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

  1. Bantuan Zakat

Ibu Tunggal yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor yang berkelayakan boleh memohon bantuan zakat di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan juga Lembaga Zakat Selangor (LZS)

  1. Geran Pelancaran

Tujuan bantuan adalah untuk pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga

Untuk maklumat lanjut layari Portal JKM – Geran Pelancaran

Semakan Keputusan Permohonan Bantuan Untuk Ibu Tunggal

Untuk membuat semakan atau melihat keputusan permohonan bantuan perubatan, kesihatan, kebajikan dan perniagaan untuk ibu tunggal, para pemohon boleh datang ke pejabat kebajikan atau pun secara dalam talian (online) menerusi pautan yang disediakan di bawah ini. Setiap bantuan yang ditawarkan mempunyai pautan yang berlainan.

SEMAKAN BANTUAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dan Bantuan Orang Tua

Semakan status permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana permohonan dibuat atau secara online melalui Sistem eBantuan JKM

Bantuan Sara Hidup

Layari Portal Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menyemak status permohonan bantuan sara hidup.

Bantuan Zakat

Untuk Ibu Tunggal yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah membuat permohonan zakat melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my (Kuala Lumpur) atau https://www.zakatselangor.com.my (Selangor) untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan tersebut.

SEMAKAN BANTUAN PERNIAGAAN IBU TUNGGAL

Untuk membuat semakan permohonan berkenaan dengan bantuan perniagaan yang dikhaskan kepada para ibu tunggal, pautan-pautan berkenaan adalah seperti di bawah ini.

Yayasan Tekun Nasional (TEKUN)

Skim Pembiayaan Program TemanNita

Sila ke cawangan TEKUN berhampiran anda. Klik di sini untuk melihat lokasi TEKUN di seluruh negara.

Amanah Ikhtiar Malayia (AIM)

Sila pergi ke cawangan AIM berhampiran anda. Klik di sini untuk melihat lokasi AIM di seluruh negara.

Bantuan Zakat 

Ibu Tunggal yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor yang memohon bantuan zakat boleh menyemak status permohonan dengan pergi ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan juga Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berhampiran.

Geran Pelancaran

Semakan status permohonan Geran Pelancaran boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana permohonan dibuat

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version