Skip to content

Pelanggan beragama Hindu termakan burger lembu, tuntut penjelasan dari restoran

Sebuah video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan seorang lelaki India, dikenali sebagai Teivakulantey4, tidak berpuas hati kerana termakan burger lembu dari sebuah restoran makanan segera.

Menurut Teivakulantey4, dia terdahulu membeli enam burger ayam melalui Drive Thru. Hasil dari pembelian itu, dia turut mendapat satu burger lembu percuma. Namun, kakitangan restoran tidak memaklumkan pemberian itu dan terus dimasukkan dalam bungkusan makanannya.

Setibanya di rumah, Teivakulantey4 tidak menyedari dan secara tidak sengaja telah memakan burger lembu tersebut. Tidak berpuas hati dengan situasi ini, Teivakulantey4 kembali ke restoran tersebut untuk menuntut penjelasan.

“Macam mana you boleh bagi saya burger lembu? Saya orang Hindu?” katanya kepada pengurus restoran.

Pengurus restoran cawangan berkenaan memohon maaf atas kesilapan tersebut dan menjelaskan bahawa pemberian burger lembu itu adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan. Namun, Teivakulantey4 enggan menerima permohonan maaf tersebut dan masih pihak restoran menyelesaikan masalah tersebut.

“Macam mana cara kamu nak menyelesaikan masalah ini? Sebab kalau belum makan, lain cerita. Ini dah makan tau.

“Takkan (kakitangan) di sana tak tahu saya beli enam ayam, macam mana dia boleh tersilap bagi burger lembu? Kalau betul saya ada order lembu, boleh la bagi saya burger lembu kan.

“Di situ ada enam burger ayam, macam mana dia boleh bagi burger lembu?” katanya.

Kredit: TheReporter

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version