Skip to content

MySubsidi Diesel 2024 : Cara Mohon SKDS & Fleet Card

MySubsidi Diesel 2024 – Kerajaan telahpun melaksanakan penyasaran subsidi diesel di stesen-stesen minyak di semanjung Malaysia bermula pada 10 Jun 2024, jam 12.00 tengah malam.

Bagi mereka yang layak untuk menerima subsidi, anda boleh membuat permohonan subsidi melalui portal MySubsidi Diesel.

Antara syarat khas permohonan MySubsidi Diesel adalah seperti berikut.

MySubsidi Diesel 2024

Subsidi diesel mula diperkenalkan pada tahun 2001 semasa belanjawan 2002. Hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal telah melancarkan sebuah platform baru iaitu MySubsidi Diesel.

Platform ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk melaksanakan proses permohonan subsidi diesel bagi individu yang syarikat.

Ianya khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui “fleet card”.

Budi Madani

PELAKSANAAN PENYASARAN SUBSIDI DIESEL DI STESEN-STESEN MINYAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Selaras dengan pengumuman Kementerian Kewangan, KPDN akan menguatkuasakan harga baharu diesel pada kadar RM3.35 seliter di stesen minyak di Semenanjung Malaysia bermula pada 10 Jun 2024, jam 12.00 tengah malam.

Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awal dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan fleet card di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Syarikat pengangkutan awam dan barangan yang telah memperolehi kelulusan SKDS tetapi belum menerima fleet card daripada syarikat minyak dikehendaki menyimpan resit pembelian diesel bermula 10 Jun 2024. Ini bagi membolehkan tuntutan pembayaran balik tunai dibuat kepada Kementerian Kewangan mengikut tatacara permohonan yang akan diumumkan kelak.

Pada masa yang sama, KPDN menyeru syarikat pengangkutan yang layak tetapi masih belum memohon kelulusan subsidi diesel untuk segera berbuat demikian dan seterusnya memohon fleet card daripada syarikat minyak pilihan.

KPDN ingin menegaskan bahawa semua arahan dan peraturan sedia ada berkaitan dengan penjualan diesel masih berkuat kuasa dan terpakai dengan pengumuman harga baharu diesel ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan memohon diesel bersubsidi SKDS 2.0 adalah seperti berikut :

  1. Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016; atau entiti perniagaan tunggal dan perkongsian yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965; atau entiti perkongsian liabiliti terhad yang berdaftar di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
  2. Mempunyai kenderaan di bawah pemilikan syarikat / perniagaan tunggal atau perkongsian;
  3. Kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah; dan
  4. Jenis kenderaan terdiri daripada sembilan (9) jenis kenderaan yang disenaraikan.

Harga Diesel Bersubsidi SKDS 2.0

Harga diesel bersubsidi adalah RM2.15/ liter bagi sembilan (9) jenis kenderaan di bawah Sektor Pengangkutan Darat (Barangan).

Jenis Kenderaan Yang Layak Dapat Subsidi

Kementerian Pengangkutan (MoT) berkata, pemilik 23 kategori itu perlu memastikan syarikat memenuhi empat syarat kelayakan memohon diesel bersubsidi SKDS 2.0.

Menerusi SKDS 2.0 ketika ini hanya membabitkan 23 kategori kenderaan layak beroperasi di Semenanjung iaitu antaranya kenderaan jenis :

  • Lori Rigid – Kargo Am
  • Penggerak Utama
  • Lori Rigid – Refrigerated
  • Lori Rigid – Tangki Tepung
  • Lori Rigid – Luton/Kotak
  • Window Van
  • Lori Rigid – Tangki Air
  • Panel Van

Jenis kenderaan lain yang turut disenaraikan ialah :

  • Lori Rigid – Minuman Botol
  • Lori Rigid – Curtainsider
  • Lori Food Catering
  • Lori Rigid – Hasil Pertanian
  • Lori Tangki Rigid – Minuman
  • Lori Rigid – Kandang Haiwan
  • Semi – Panel Van

Selain itu, jenis kenderaan lain yang turut layak mendapat subsidi diesel ialah :

  • Lori Rigid – Kombinasi
  • Bas Perkhidmatan Bergerak
  • Lori Rigid – Open Platform
  • Van Perkhidmatan Bergerak
  • Bas Food Catering
  • Van Food Catering
  • Lori Rigid – Perkhidmatan Bergerak
  • Lori Rigid – Sampah

Anda boleh membuat permohonan secaa atas talian menerusi Sistem MySubsidi Diesel di pautan berikut : https://mysubsidi.kpdn.gov.my/login

Anda hanya perlukan mengisi maklumat lengkap berkenaan :

  • butiran maklumat syarikat;
  • nombor pendaftaran kenderaan; dan
  • pilihan syarikat minyak antara jenaam PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP

Cara Mohon Online MySubsidi Diesel

Anda boleh membuat permohonan secaa atas talian menerusi Sistem MySubsidi Diesel di pautan berikut : https://mysubsidi.kpdn.gov.my/login

Anda hanya perlukan mengisi maklumat lengkap berkenaan :

  • butiran maklumat syarikat;
  • nombor pendaftaran kenderaan; dan
  • pilihan syarikat minyak antara jenaam PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP

Untuk membuat pertanyaan lebih lanjut sila semak gambar berikut.

Pertanyaan Lanjut

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version