MyLesen B2 JPJ Permohonan Bantuan Lesen 2025 – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meneruskan lagi program MyLesen B2 Tahun 2025.
Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Program ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Permohonan dibuka mulai Februari hingga Oktober 2025 atau sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025, sila teruskan membaca perkongsian ini.
MyLesen B2
MyLesen B2 Tahun 2025 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Program MyLesen B2 untuk tahun ini juga diperluaskan di institusi pendidikan dalam usaha membantu pelajar dan belia yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen.
Pihak JPJ akan bekerjasama dengan pihak berkaitan terutama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam merealisasikan program tersebut.
Impak Program
- Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2025
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 Tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta merupakan pelajar sekolah/institut pengajian tinggi/golongan belia
- Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
- Sihat Fizikal Dan Mental
- Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
Info Tambahan
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
Tarikh Tutup
Program akan dijangka akan berlangsung dari Februari hingga Oktober 2025 seperti tahun lalu. Walaubagaimanapun, pengumuman rasmi belum lagi dibuat. Biasanya pendaftaran akan dibuka sehingga kuota yang ditetapkan penuh.
Jumlah kuota yang ditetapkan belum lagi diumukan secara rasmi oleh JPJ dan akan dikemaskini kelak. Setakat ini, setiap negeri mempunyai kuota berbeza-beza. Contohnya negeri Melaka hanya 25 orang setiap DUN, perlis 800 orang dan lain-lain.
Cara Memohon MyLesen b2 JPJ 2025
Proses permohonan untuk MyLesen B2 JPJ 2025 adalah sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.
Anda hanya perlu melayari laman web rasmi JPJ dan mengisi borang permohonan yang disediakan.
Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan, dan gambar pasport.
Selepas mengisi borang, anda perlu memilih pusat latihan memandu yang berdekatan untuk menjalani latihan praktikal.
JPJ akan mengatur jadual latihan anda dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. Pastikan anda hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
Borang Pendaftaran
Permohonan MyLesen B2 2025 Mengikut Negeri
Melaka:
Program MYLESEN B2 TAHUN 2025
- Terhad 25 orang setiap DUN.
- Jadi, kalau nak mohon, semak dulu syarat tu penuhi ke tak.
- Kalau penuhi, muat turut borang dan lengkapkan.
- Dah lengkap boleh hantar ke Japerun Duyong segera.
Perlis:
- Kuota 800 peserta sahaja.
- Untuk memohon, sila imbas kod QR dan cetak borang permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di alamat emel: mylesenb2@jpj.gov.my atau talian 03 – 8892 8714 / 8693.
- Facebook: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
- Twitter: JPJ_Malaysia
- Instagram: JPJMalaysia
- Youtube: JPJMalaysia
- Telegram: JPJ_Malaysia
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.