MYKASIH 2025 TARIKH KREDIT FEBRUARI DAN SEMAKAN STATUS

MYKASIH 2025 TARIKH KREDIT FEBRUARI DAN SEMAKAN STATUS. Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi Fasa Februari melalui MyKad penerima akan diteruskan kepada golongan miskin dan miskin tegar dimana bantuan sebanyak RM100 dan RM50 untuk pembelian barangan keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 FASA FEBRUARI

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA MYKASIH Fasa Februari 2025:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 FASA FEBRUARI

Penyaluran bantuan MyKasih Bulan Februari HANYA akan disalurkan kepada kategori Penerima STR BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih. Manakala, kategori penerima STR BUKAN Miskin dan Miskin eKasih akan disalurkan bermula April 2025.

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih

PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025

Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan akan menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas berlable MyKasih di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH

Berikut merupakan 13 kategori barangan keperluan asas MyKasih yang diluluskan dengan pembelian menggunakan MyKad:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak Masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi Segera
  • Minuman
  • Makanan Dalam Tin
  • Bahan Perasa
  • Produk Kebersihan
  • Ubat-Ubatan
  • Barangan Persekolahan

Penerima bantuan hendaklah membeli barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga di pasaraya.

CARA PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH MENGGUNAKAN MYKAD

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • e-Mel : info@mykasih.com
 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version