Jumlah harian kes Covid-19 di Malaysia dah mencecah kembali kepada 20,000. Dengan gelombang varian baru iaitu Omicron, gejala atau simptom seperti pening, demam dan batuk.
Sekiranya anda merupakan kontak rapat terhadap seseorang yang terkena dengan Covid-19, anda pasti tertanya-tanya bila waktu sesuai untuk melakukan swab test kendiri.
Berikut adalah saranan daripada Pengarah Kesihatan kepada kita semua yang ingin melakukan swab test kendiri dengan ‘self test covid19 kit’.
Sekiranya anda mengalami 3 keadaan ini anda patut melakukan RTK-test.
- Apabila anda mengalami 3 simptom Covid-19 seperti demam, batuk-batuk, tekak sakit dan hilang deria rasa.
- Apabila anda berkontak rapat dengan seseorang yang berpositif Covid-19, tetapi lakukan ujian Covid-19 pada hari kelima (5) selepas berhubung / pertemuan
- Apabila anda menghadiri majlis atau pesta keramaian.
Simptom atau gejala-gejala seperyi batuk, demam, sakit tekak, pening, hilang deria rasa, kelesuan, gatal-gatal pada kulit, cirit-birit kemungkinnya timbul 2 sehingga 14 hari.
Sekiranya anda berhubung / bertemu dengan rakan positif Covid-19, lakukan ‘self test kit’ pada hari kelima selepas pertemuan terakhir. Dan sekiranya keputusan negatif, lakukan ujian sekali lagi pada keesokan hari atau hari berikutnya.
Lakukan ujian Covid-19 pada hari sebelum anda menghadiri majlis atau keramaian, hal ini adalah amat digalakkan.
Sekiranya keputusan Covid-19 NEGATIF
- Laporkan keputusan ujian Covid-19 pada aplikasi MySejahtera
- Sekiranya anda masih mengalami simptom, sila rujuk pada klinik atau hospital berdekatan.
Sekiranya keputusan Covid-19 POSITIF, lakukan perkara berikut:
- Kenalpasti tahap kategori sindrom (Clinical Staging of Syndrome)
- Laporkan keputusan ujian Covid-19 anda pada aplikas MySejahtera
- Sekiranya anda berada pada tahap kategori 1 atau 2A, anda hanya diperlukan untuk kuarantin diri pada rumah sendiri dan lakukan pemantauan melalui aplikasi MySejahtera
- Sekiranya anda berada pada tahap kategori 2B dan keatas, anda diperlukan untuk pergi ke CAC dan anda akan dihubungi melalui SMS/ panggilan telefon/ MySejahtera
CLINICAL STAGING SYNDROME
Category / Kategori
- Asymptomatic
- Symptomatic, No pneumonia
- Symptomatic, Pneumonia but not required oxygen
- Symptomatic, Pneumonia with required oxygen
- Critically ill with multi-organ involvement
2A – Symptomatic, seperti sakit tekak atau selsema atau batuk tapi tidak demam atau sesak nafas (shortness of breathing), hilang deria rasa tapi masih mempunyai selera makan, hilang deria hidu, diarrhea, nausea (loya) dan muntah tapi masih mampu melakukan rutin harian walaupun mengalami sakit otot atau sesak nafas.
2B – Demam berterusan selama 2 hari atau lebih, kesukaran bernafas apabila melakukan sesuatu, sakit dada, hilang selera, kelesuan dan mengalami simptom teruk berterusan (seperti batuk kering, nausea (loya), diarrhea dan muntah-muntah), berada pada tahap kesedaran yang rendah dan tahap air kencing berkurang dalam masa 24 jam.
Sumber: Instagram goodymy_official
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.