Jumlah Bantuan Khas IPT Sarawak 2025 – Belanjawan Sarawak 2025 yang diumumkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memperuntukkan beberapa bentuk bantuan, termasuk Bantuan Khas IPT Sarawak 2025, yang ditujukan khusus untuk pelajar dari negeri Sarawak.
Bantuan serta inisiatif ini diperkenalkan untuk menyokong pelajar Sarawak yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi, terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.
Ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan tersebut.
Di samping itu, inisiatif ini dirangka bagi membantu pelajar-pelajar Sarawak di IPT menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Belanjawan Sarawak 2025
Belanjawan Negeri Sarawak 2025 yang bertemakan ‘Bersama Membina Masa Depan Sejahtera’ melibatkan perbelanjaan sebanyak RM15.8 bilion.
Belanjawan tersebut yang yang telah dibentangkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah Sarawak.
Menurut beliau, belanjawan tersebut dinilai dengan teliti dan dirumus untuk memastikan Sarawak kekal berdaya tahan, berdaya saing dan boleh menyesuaikan diri di tengah-tengah ketidaktentuan global.
Belanjawan ini juga dirangka dengan lapan teras strategi iaitu:
- Mentransformasi dan mempelbagaikan ekonomi Sarawak
- Meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan utama dan mempromosikan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
- Memperkukuh bakat dan pembangunan pendidikan
- Mempercepatkan transformasi digital serta inovasi
- Meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan inklusif
- Mempromosikan kebudayaan, sukan dan memperkasakan belia
- Meningkatkan kelestarian alam sekitar
- Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam
Bantuan Khas IPT Sarawak 2025
Terdapat 4 bantuan utama yang diumumkan melibatkan pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT iaitu:
- Bantuan kewangan khas kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT)
- Pemberian baucar buku
- Pemberian komputer riba percuma
- Bantuan kepada graduan Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN
Mengenai Bantuan Khas Pelajar IPT Sarawak 2025
Premier Sarawak memgumumkan bantuan kewangan khas kepada pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia akan diberikan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 25,000 pelajar Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah, iaitu yang mempunyai pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 atau ke bawah setiap bulan.
Pemberian wang ini bertujuan membantu pelajar membiayai keperluan asas seperti makanan dan barangan penting, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Jumlah Bantuan Khas Pelajar IPT
Pelajar yang layak menerima bantuan ini akan menerima bantuan wang saku berjumlah RM1,200 setahun.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima bantuan ini adalah seperti berikut:
- Anak Negeri Sarawak
- Sedang melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS
- Keluarga pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, iaitu yang mempunyai pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 atau ke bawah setiap bulan.
Cara Penyaluran Bantuan
Cara penyaluran bantuan ini akan diumumkan oleh Kerajaan Sarawak dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas IPT Sarawak 2025, sila layari laman web Kerajaan Sarawak iaitu https://sarawak.gov.my.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.