iBantuan Terengganu adalah satu skim bantuan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Terengganu khas untuk rakyat Terengganu.
Manakala portal iBantuan Terengganu adalah laman rasmi untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam membuat semakan dan memuatturun borang serta membuat permohonan bantuan yang berkenaan.
iBANTUAN Terengganu
iBantuan Terengganu merupakan sebuah portal rasmi bagi semua program bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Terengganu.
FUNGSI SISTEM iBantuan
- Sistem i-bantuan digunakan untuk permohonan Bantuan dibawah kerajaan Negeri Terengganu
- Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kegunaan semakan maklumat pemohon
- Maklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan pemohon memohon melalui i-Bantuan.
- Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna i-Bantuan sebelum mereka membuat permohonan.
- Pendaftaran Pengguna ibantuan wajib menggunakan No Kad Pengenalan PEMOHON
- Borang Permohonan akan dicetak melalui sistem tersebut.
Cara Daftar iBantuan Terengganu
Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna iBantuan sebelum mereka membuat permohonan.
Langkah-langkah untuk mendaftar adalah seperti berikut:
- Layari laman web iBantuan Terengganu di https://ibantuan.terengganu.gov.my
- Klik pada tulisan “Daftar” di bawah borang log masuk
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Isi katalaluan
- Ulang semula kata laluan
- Klik butang Daftar
Sekiranya maklumat pemohon tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
Pemohon boleh MUAT TURUN Borang PRT20 melalui laman web iBantuan atau boleh rujuk JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN untuk memperolehi borang PRT20 A & B.
Pemohon wajib ISI semua Maklumat dlm Borang PRT20 A & B, kemudian hantar terus kepada JPKK atau Pihak PKMD dalam tempoh permohonan.
Selepas maklumat pemohon & keluarga diisi dalam Sistem PRT20, Pemohon kena ulang semula untuk daftar di dlm sistem iBantuan untuk mendaftar.
Syarat Pendaftaran
- Pemohon adalah rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem iBantuan.
Syarat khusus bagi setiap jenis bantuan yang diberikan adalah berbeza.
Cara Memohon Bantuan Melalui iBantuan Terengganu
Setelah mendaftar akaun iBantuan, anda boleh log masuk dan lihat senarai bantuan yang dibuka untuk permohonan.
Setiap jenis bantuan hanya dibuka untuk tempoh masa tertentu sahaja.
Setelah log masuk akaun iBantuan anda, lihat senarai bantuan yang dibuka untuk permohonan dan klik pada butang “Mohon”.
Sila baca dengan teliti setiap syarat kelayakan yang dinytakan kerana setiap program bantuan mempunyai syarat-syarat kelayakan khusus yang perlu dipatuhi oleh pemohon.
Maklumat lanjut
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai iBantuan Terengganu, sila layari portal iBantuan Terengganu di alamat https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/ atau menghubungi hotline negeri : 01153681120, 01115265561
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.