Pada 19 Mac lalu, bersamaan hari Jumaat, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub telah menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Dimana beliau mengatakan kerajaan meluluskan perlaksaan gaji minimum baharu sebanyak RM1500 sebulan bermula 1 Mei ini.
Walau bagaimanapun, keputusan itu hanya membabitkan majikan sektor swasta yang mempunyai lima pekerja ke atas.
Ini adalah kerana mengambil kira impak perlaksaan tersebut ke atas pengusaha kecil seperti Pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Beliau juga mengatakan, perbincangan diantara Menteri Sumber Manusia dan Menteri Pembangunan Usahawan akan dilakukan mengenai penangguhan pelaksanaan gaji ini kepada syarikat-syarikat kecil.
Langkah menaikkan gaji minimum ini adalah bertujuan membantu terutanya kepada golongon B40 dalam berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dari masa ke semasa.
Dalam sidang perhimpuan tersebut, PM Ismail Sabri mengatakan,
“Kita faham kalau kita ada gerai dan restoran di kampung yang mempunyai pekerja, tidak wajar kalau kita memaksa gaji minimum kepada warung yang mengambil pekerja untuk membantu mereka.” Ujar beliau.
“Setakat 1 Mei ini adalah untuk syarikat besar termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya ketika ucapan penggulungan Naib Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Perdana Menteri juga mengumumkan pelbagai lagi bantuan kepada rakyat di masa akan datang antaranya membantu golongan muda untuk mendapatkan pinjaman perumahan lebih muda walaupun tidak mempunyai slip gaji melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Selain itu, beliau juga mengatakan akan membantu dalam pencarian kerjaya melalui bantuan JaminKerja Keluarga Malaysia, dimana kerajaan akan menyediakan sebanyak 600,000 peluang kerjaya dan pekerjaan dengan peruntukkan sebanyak RM4,8 bilion.
Tambahan, pelaburan baharu sebanyak RM32 bilion juga akan dilaksanakan bagi membangunkan Automotive High Techonolgy Value (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim, Perak.
Dan intipati lain yang di ketengahkan adalah, Unit Perancang Ekonomi sedang melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bertujuan utama dalam menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025.
Dengan pengumuman ini, pasti ramai rakyat yang menarik nafas lega atau menggembirakan rakyat yang mana kos sara hidup yang tidak menentu akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.
Jesteru itu, selain daripada kenaikan gaji minima sebulan tersebut, ramai rakyat memberi komen di media sosial berharap agar harga barangan akan menurun di masa akan datang agar kos sara hidup juga akan berkurangan.
Manakala dari sektor perladangan, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamarudin berkata “saya berpendapat tidak menjadi masalah untuk sektor perladangan mematuhi penetapan kadar gaji minimum baharu. Malahan gaji untuk industri sawit lagi tinggi”.
Pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan dengan slogan Keluarga Malaysia boleh di mohon melalui laman website rasmi kerajaan.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.