Skip to content

Apakah System Web View Android

  • Info

Pemilik telefon pintar android kebanyakkan tidak mengetahui fungsi system web view yang terdapat dalam sistem android.

Ramai di kalangan pemilik telefon pintar android tertanya-tanya sama ada system web view tersebut boleh di buang atau uninstall kerana mereka tidak menggunakan aplikasi system web view tersebut.

Apatah lagi aplikasi google play store juga seringkali mengemaskini atau update aplikasi system web view tersebut.

Dengan kemaskini yang seringkali ataupun hampir setiap bulan terjadi oleh google play store, ia secara tidak langsung boleh mengurangkan saiz kapasiti storage telefon pintar android.

Dengan pengurangan saiz kapasiti storage telefon pintar android, ia akan mengurangkan prestasi kelajuan telefon itu.

Contohnya saiz kapasiti storage hanya tinggal 1GB, maka beban telefon tersebut semakin bertambah secara tidak langsung akan membuatkan telefon pintar android itu menjadi lembab atau lagging.

Apakah System Web View

System web view android adalah satu sistem yang dibuat oleh Chrome untuk membolehkan aplikasi android membuka layar internet tanpa membuka apa-apa aplikasi browser.

System web view juga adalah sistem yang telah tersedia dalam sebuah telefon pintar android.

Banyak aplikasi Android seperti aplikasi Gmail, Twitter atau Reddit biasanya memaparkan kandungan daripada internet.

Google telah memudahkan pembangun untuk memaparkan kandungan internet dalam aplikasi mereka melalui Android System Web View.

Ini menjimatkan banyak masa pembangun (developer) Android yang boleh mereka luangkan untuk menulis ratusan, jika tidak beribu baris kod, dari awal.

Sebaliknya, untuk memaparkan kandungan web internet dalam aplikasi mereka, mereka hanya perlu memasukkan beberapa baris kod pustaka WebView dan ia boleh digunakan dan membuka laman web internet.

System web view bukan malware ataupun virus seperti yang ramai orang keliru atau suspek sistem tersebut akan merosakkan isi kandungan telefon pintar.

Namun, sebenarnya ia adalah software untuk memudahkan untuk membuka laman web melalui aplikasi tersendiri seperti gmail.

Ia boleh dikatakan sebagai browser kecil yang terdapat dalam aplikasi, akan tetapi bukanlah browser khas seperti Chrome atau Mozilla.

Adakah selamat untuk di buang?

Tidak. Dan jika anda bertanya kepada diri sendiri sama ada anda memerlukan Android System WebView, jawapan ringkasnya ialah ya, anda perlukan.

Walaupun WebView bukan lagi sebahagian daripada Android seperti pada awalnya atau android versi KitKat, ini tidak bermakna ia tidak berguna.

Google mengasingkan WebView daripada OS teras, bermula dengan Android 10. Walaupun system webview telah menjadi aplikasi berasingan dan tidak penting tapi ia berguna untuk aplikasi lain.

Akan tetapi, ada pengecualian. Anda boleh nyahaktif atau disable Android System WebView pada Android 7.0, 8.0 dan 9.0 tanpa sebarang hasil yang serius.

Pada versi Android ini, Chrome ialah pemacu utama di sebalik tugasan WebView. Tetapi pada versi Android yang lama iaitu versi android 6 dan kebawah, adalah selamat untuk membiarkan WebView dihidupkan.

Anda juga boleh melumpuhkan WebView jika anda mahu, namun anda tidak boleh unintall aplikasi itu kerana ia adalah tersedia atau pre-install app.

Namun, perlu diingat bahawa melumpuhkan atau disable System WebView mungkin menjejaskan prestasi sesetengah aplikasi Android.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, system web view ini tidaklah berguna sangat, namun ada kegunaannya untuk sesetengah aplikasi.

Bagi mereka yang inginkan saiz kapasiti tidak terganggu dengan system web view ini, maka boleh sahaja tidak kemas kini melalui google play store.

Dan, ia tidak perlu dirisaukan sama ada virus ataupun malware, sekiranya system web view ada bug atau crash, maka pengguna terpaksa kemas kini system web view dari masa ke semasa.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.