(3 Gambar) Faisal Halim Pernah Terfikir Nak Berhenti Main Bola Asal Keluarga Selamat

Pemain bola profesional negara, Muhammad Faisal Abdul Halim muncul dalam sidang media di Pusat Latihan SFC hari ini, pertama kali selepas cedera disimbah asid lebih sebulan yang lalu.

Menerusi sidang media tersebut, Faisal atau juga dikenali sebagai Mickey meluahkan bahawa selepas diserang, dia pernah berhasrat untuk berhenti bermain bola sepak demi menjaga keselamatan keluarganya,

“Saya sanggup hilang gaji saya berpuluh ribu, untuk berhenti bermain bola asalkan saya selamat, keluarga saya semua selamat.

“Saya nak balik ke kampung hidup (dengan) tenang. Saya boleh bekerja walaupun sehari (gaji) RM50 RM100 janji keluarga saya selamat.

“Saya tak perlu hidup dalam ketakutan sebab apa yang berlaku pada saya ini satu benda yang di luar jangkaan, yang saya memang tak boleh terima. Keluarga saya semua dalam ketakutan,” ungkapnya.

Faisal Halim membuat kemunculan kali pertama pada sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC hari ini, selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu. Foto Metro
Faisal Halim membuat kemunculan kali pertama pada sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC hari ini, selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu. Foto Astro Awani

Namun setelah menerima jaminan dari Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang akan memastikan dirinya dan keluarga selamat serta doa dari orang ramai, Faisal tidak patah semangat.

“Tetapi orang ramai mendoakan saya membuat saya semangat untuk teruskan karier saya,” luahnya.

Dalam sidang media itu, Faisal turut menyatakan rasa syukur apabila kecederaan yang dialami itu semakin hari semakin sembuh.

Berbekalkan semangat yang tinggi, Faisal menyatakan hasratnya untuk menjalani kehidupan seperti pemain-pemain lain.

“Saya memberitahu kepada Datuk Shahril, saya bersedia untuk tonjolkan diri saya kepada semua (untuk tunjuk) keadaan saya sekarang supaya saya bebas tak perlu berselindung lagi.

“Dan saya ingin menjalani kehidupan seperti biasa, seperti manusia lain, seperti orang lain, seperti pemain-pemain lain. Saya berharap saya dapat kembali dalam arena bola sepak dengan secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau turut mengharapkan doa orang ramai agar dapat kembali ke arena bola sepak.

Sumber: Astro Arena

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version