Skip to content

Aliff Aziz Dan Bella Astillah Bercerai Talak Satu, Enggan Bersalaman

Media hiburan hari ini tertumpu dengan keputusan Jawatankuasa Pendamai bagi kes fail penceraian antara penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Sekitar tengah hari tadi, Aliff Aziz muncul di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ditemani bapanya, Aziz Sapdan bagi menghadiri prosiding perceraian yang difailkan isterinya, Bella pada 13 Mac lalu.

“Perbincangan telah dilakukan. Kedua-dua pihak bersetuju dengan terma dan hari ini akan tanda tangan di mahkamah.”

“Saya Aliff Aziz menceraikan isteri saya Dayang Nabellah Awang Astillah dengan talak satu mulai hari ini,” lafaz Aliff,” katanya.

Aliff Aziz dilaporkan menceraikan Bella dengan talak satu.

Sebelum lafaz dilakukan, hakim turut mempelawa jika Bella, 30, dan Aliff ingin bersalaman buat kali terakhir namun kedua-dua mereka menolak.

Semasa prosiding, peguam syarie yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais memaklumkan, plaintif dalam keadaan suci dan tidak mengandung.

Sebelum itu, peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais memaklumkan Aliff akan melafazkan talak setelah kedua-duanya bersetuju dengan beberapa terma penceraian yang dibincangkan sebelum ini.

Terdahulu, Bella Astillah telah memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu setelah penyanyi lagu Sayang Sayang itu dicekup berkhalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah 9 Mac lalu.

Sumber: Beautifulnara

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.