E-Tunai RM100 akan boleh dimohon dan tebus oleh rakyat yang layak bermula 4 Disember ini, berikut adalah maklmuat mengenai E-Tunai ini.
E-Tunai RM100 adalah Program eMADANI, kesinambungan kepada kejayaan program eBeliaRahmah dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.
E-TUNAI RM100
E-TUNAI RM100 ini merupakan salah satu inisiatif baharu kerajaan setelah melihat kejayaan dan memberi impak yang positif setelah bantuan EBELIARAHMAB RM200 yang telah dilaksanakan sebelumnya.
Ianya juga sekaligus mendorong rakyat Malaysia supaya berbelanja tanpa menggunakan wang tunai bagi memudahkan urusan jual beli. Bantuan ini akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta penerima yang berasal daripada golongan B40 dan M40.
KADAR BAYARAN E-TUNAI
Dianggarkan seramai 10 juta rakyat Malaysia merangkumi daripada golongan B40 dan M40 akan menerima bayaran bernilai :
- RM100
TARIKH BAYARAN E-TUNAI RM100
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengumumkan bahawa bayaran ini akan disalurkan bermula :
- 4 DISEMBER 2023
Info tambahan : Tempoh penebusan e-dompet ini boleh dibuat sehingga 20 Februari 2024.
PENYEDIA PERKHIDMATAN
Terdapat empat penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam program bantuan eWallet ini adalah sebagaimana berikut;
- MAE
- Setel
- ShopeePay
- Touch ‘n Go Wallet
Maklumat Lanjut
Untuk ketahui berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran soalan lazim yang boleh dibaca:
- Rujukan eMadani
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.