Diana Danielle anggap Farid memualkan, tegas ingin cerai

Kuala Lumpur: Pelakon, Diana Danielle menganggap tindakan suami, Farid Kamil sebagai memualkan dan terus bertegas inginkan perceraian. Diana ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan berkata, dia mahu Farid sedar bahawa rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

“Bagi saya, tindakan dia hari ini amat memualkan dan tak berpijak di bumi yang nyata. Dia berangan dan tak ada apa untuk diselamatkan.

“Bila saya sudah rujuk dengan dia selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk berdamai dan perbaiki, tetapi dia gagal melakukannya.

“Jadi, apa perlu saya lakukan sekarang? Adakah terus berharap sedangkan sudah terlalu banyak harapan diberi.

Diana Danielle ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Sumber imej Metro

“Bagi saya, ini semua membuang masa kami berdua dan benda ini tidak akan ke mana-mana kerana saya sebulat hati mahukan perceraian ini berlaku,” katanya.

Diana, 34, juga memohon Farid agar berpijak di bumi nyata dan jangan terus menangguhkan perceraian ini kerana ia umpama menzalimi dirinya.

“Saya rasa dia perlu faham sudah tiba masanya untuk lepaskan saya. Tiada alasan dan percubaan lagi. Berpijaklah di bumi yang nyata, lepaskan dan jangan zalimi saya lagi.

“Saya rasa semua ini buang masa sebab tiada apa yang akan berubah malah hidup akan diteruskan seperti biasa.

“Saya akan hadir ke mahkamah dan mahu mendapatkan apa yang saya mahu iaitu perceraian. Ceraikan saya, itu sahaja. Saya terima semua ini, tetapi kenapa dia mahu lakukan cara ini.

“Kalau boleh kita jangan terus tambah dosa. Benda sudah tidak lagi berjalan dengan baik, dan tidak adil pada antara satu sama lain,” katanya. Hari ini, mahkamah di sini memerintah Diana dan Farid melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas pelakon itu enggan menceraikan isterinya.

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin mengeluarkan perintah itu selepas Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana pada sebutan kali kedua kes cerai mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac depan untuk sebutan semula dan laporan JKP kedua-dua belah pihak. – Metro

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version