Skip to content

Dapatkan Wang Tak Dituntut Secara Online

  • Info

Dapatkan Wang Tak Dituntut Secara Online. Wang Tak Dituntut atau WTD secara mudahnya adalah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada empunya, tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.

Wang Tak Dituntut ini boleh datang dari pelbagai sumber dan antaranya seperti:

  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Cara Semak Wang Tak Dituntut (WTD)

Mungkin ada di kalangan kita yang tidak sedar dengan kewujudan Wang Tak Dituntut ini. Oleh itu, Jabatan Akauntan Negara telah memperkenalkan sebuah kemudahan untuk semakan dengan cara yang mudah sahaja.

Ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal e-GUMIS Jabatan Akauntan Negara oleh individu dan syarikat/firma dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1 : Layari portal e-GUMIS;
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian;
  • Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar;
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna;
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada);
  • Langkah 6 : Klik “Cetak”, jika perlu.

Cara Menuntut Semua WTD

Bagi urusan menuntut WTD, ia boleh dibuat di Portal sama (e-Gumis) dengan panduan seperti di bawah:

  • Langkah 1 : Layari Portal e-GUMIS;
  • Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu);
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”;
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.;
  • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”;
  • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan;
  • Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

Akan tetapi dimaklumkan bahawa pengguna aktif adalah selama 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke portal eGUMIS. Akaun pengguna akan dinyahaktif secara auto dan pengguna perlu mendaftar semula sebagai pengguna baharu.

Bagi urusan tertentu, pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dengan memuat naiknya di dalam sistem berkenaan. Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap disahkan dan akan dikreditka terus ke akaun penerima seperti mana yang dinyatakan ketika permohonan dibuat.

Penting dimaklumkan di sini bahawa pihak Jabatan Akauntan Negara tidak melantik sebarang wakil untuk urusan ini dan tuntutan hanya boleh dibuat melalui pihak jabatan berkenaan sahaja.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan perkara ini, sila lihat di Portal Rasmi e-GUMIS DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version