Skip to content

Celik Madani Permohonan Bantuan RM50 Untuk Pelajar IPT

Celik Madani Permohonan Bantuan RM50 Untuk Pelajar IPT – Celik MADANI adalah sebuah inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Hasil daripada program ini ialah bertujuan untuk memberi nilai pelaburan permulaan percuma sebanyak RM50 dserta alat kewangan asas untuk menggalakkan perancangan kewangan dalam kalangan generasi muda terutamanya ialah pelajar-pelajar IPT.

Celik Madani

Tujuan utama program celik MADANI ini ialah untuk meningkatkan tahap celik kewangan untuk generasi masa depan dan memperkasakan mereka dengan bantuan kewangan asas agar dapat membuat keputusan kewangan yang terancang pada masa hadapan.

Objektif Program

Objektifnya dapat meningkatkan Kesedaran Kewangan dan Pengetahuan Kewangan serta memberikan pendidikan mengenai asas-asas pengurusan kewangan, termasuk cara mengurus belanjawan, menyimpan, dan melabur.

Selain itu,pendidikan berterusan akan menggalakkan pemahaman tentang prinsip-prinsip kewangan yang baik dan teknik pengurusan kewangan yang berterusan.

Berikutnya adalah boleh memupuk Kemahiran Pengurusan Kewangan contohnya,Kemahiran Praktikaldapat melatih belia dalam membuat perancangan kewangan, menetapkan matlamat kewangan, dan membuat keputusan yang bijak mengenai perbelanjaan dan simpanan

Seterusnya ialah Alat dan Teknik dapat menyediakan alat dan teknik untuk memantau dan mengurus setiap kewangan peribadi dengan lebih efektif.

Amalan Beretika juga dapat memastikan bahawa pengurusan kewangan belia selari dengan ajaran Islam, termasuk cara berbelanja secara bertanggungjawab dan membuat pelaburan yang halal.

Tujuan Program Celik Madani

Tujuan utama program ini untuk mendidik dan menggalakkan anak muda kita melabur dengan pembiayaan daripada Kerajaan dan PNB sebanyak RM50 juta dengan sasaran pendaftaran daripada 1 juta pelajar universiti untuk tempoh dalam lima tahun.

Selain daripada itu, inisiatif ini juga dibangunkan untuk memastikan golongan belia kinik di Malaysia mula membuat perancangan kewangan yang bijak pada usia yang muda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka sekiranya mereka terus rajin  menyimpan dan melabur bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) walaupun selepas mereka telah  tamat pengajian.

Cara Pengkreditan Bantuan RM50 Celik Madani

Sebanyak 50 peratus daripada jumlah sumbangan RM50 kepada setiap pelajar adalah sumbangan daripada kerajaan Malaysiadan selebihnya baki RM25 akan ditaja oleh PNB dan syarikat korporat lainnya.

Berdasarkan daripada amaun tersebut, RM50 akan terus dikreditkan ke dalam akaun ASB dan ASM pelajar IPTA, di mana nilai ini akan dikunci dalam tempoh lebih kurang 5 tahun.

Pelajar akan digalakkan bagi membuat simpanan berulang yang kecil pada setiap bulan bagi memupuk tabiat anak muda suka untuk menabung.

Berasaskan daripada sumbangan nilai pelaburan yang percuma sebanyak RM50 dan dijangka akan mendapat pulangan dividen bagi sepanjang tempoh berikut adalah sebanyak 5.5 peratus setahun sekiranya apabila pelajar telah membuat simpanan tambahan RM20 sebulan selama empat tahun sepanjang tempoh pengajian dan nilai simpanan akan ditambah ke RM100 sebulan ketika mereka mula bekerja, mereka juga akan mempunyai simpanan terkumpul akan melebihi RM10,000 bagi tempoh 10 tahun, sekiranya mereka tiada membuat pengeluaran.

Syarat Kelayakan Celik Madani

Sebanyak peruntukan RM50 juta telah disediakan bagi sejuta para pelajar yang baharu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kolej vokasional.

Aspek Utama Program Celik Madani

Kursus dan Latihan:

Mampu menyediakan kursus dan latihan tentang pengurusan kewangan yang bijak, termasuk perancangan belanjawan, pelaburan, dan simpanan.

Sumber Pendidikan:

Mampu menyediakan buku panduan, video pendidikan, dan bahan-bahan lain yang berguna untuk meningkatkan pengetahuan kewangan.

Sesi Kaunseling:

Boleh mengadakan sesi kaunseling kewangan untuk memberi nasihat dan sokongan kepada belia dalam pengurusan kewangan peribadi mereka.

Maklumat Lanjut

Para pemohon juga digalakkan untuk mendaftar masuk melalui aplikasi myASNB atau anda juga boleh terus melayari laman web rasmi www.pnb.com.my/msam untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version