Skip to content

Cara Tebus Baucar Buku RM100

Cara Tebus Baucar Buku RM100 – Ketahui lebih lanjut tentang Portal DELIMa KPM dan cara mengakses serta menggunakan pelbagai fungsi yang terdapat di dalam portal ini.

DELIMa KPM

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia.

DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru.

DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet.

Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah.

Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.

Para pendidik dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan oleh penyelaras ICT di sekolah sebelum ini.

Para guru dan pelajar hanya perlu mengikut langkah berikut untuk login ke laman web tersebut:

  1. Pastikan peranti mempunyai capaian internet
  2. Pergi ke https://d2.delima.edu.my
  3. Log masuk menggunakan ID yang diberikan oleh pihak sekolah.

Cara Tebus Baucar Buku RM100 & RM50 Melalui Portal DELIMa

I) PENEBUSAN BAGI MURID SEKOLAH

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

  • 1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
  • 2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
  • 3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
  • 4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
  • 5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
  • 6. Proses selesai.

Bersama-sama ini dilampirkan *KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KPM LAKSANA SEGERA PEMBERIAN BAUCAR BUKU, TINGKATKAN KOMITMEN PUPUK MINAT MEMBACA* untuk siaran dan tindakan selanjutnya.

Pelbagai Fungsi Dalam Portal DELIMa KPM

Tak ramai yang tahu ada banyak function/apps menarik dalam Portal DELIMa KPM antaranya:

  1. Digital Textbook
  2. Microsoft Office 365 (Word, Excel, Power Point etc)- Free untuk semua murid/guru
  3. Canva
  4. Padlet
  5. Wolfram Alpha
  6. Semua Google services – Earth, Translate, etc.7. MINECRAFT EDUCATION EDITION

Maklumat Lanjut

Setiap pelajar akan diberikan satu ID yang akan membolehkan mereka mengakses semua kemudahan ini secara percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang ID dan Password Pelajar atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para guru dan Murid.Aplikasi dalam Delima boleh digunakan oleh guru dan murid menggunakan ID moe-dl.

Boleh akses pelbagai apps pembelajaran, buku teks malah akses ke perpustakaan.

Jadi ibu bapa, murid dan guru yang dah ada akaun moe-dl, boleh guna kesemua bahan yang ada.

Link Portal Delima KPM: https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version