Sejak akhir-akhir ini, aplikasi MySejahtera terdapat pelbagai isu yang diperbaharui oleh kerajaan.
Antaranya anda boleh baca melalui laman website mynewskini, terdapat juga pelbagai tutorial cara langkah yang boleh di ikuti untuk menangani isu-isu tersebut.
Pengguna aplikasi MySejahtera juga di sarankan untuk kemas kini aplikasi tersebut kepada versi yang terkini.
Namun, post artikel kali ini adalah bagaimana membuang data cache aplikasi tersebut agar tidak berlaku ‘bug’, kerana cache sebenarnya tidak baik untuk di kumpul atau di biarkan dalam telefon pintar anda.
Data cache merupakan data sementara dari aplikasi yang ada pada setiap aplikasi dan tersimpan di dalam memori telefon pintar.
Setiap aplikasi memiliki fail data cache masing-masing dan mengurangkan ruang simpanan telefon pintar.
Antara punca sijil digital vaksinasi pada aplikasi MySejahtera adalah kerana data cache aplikasi itu.
Ikuti cara mudah untuk membuang fail data cache dengan langkah-langkah berikut.
Untuk pengguna Android boleh ikuti langkah ini:
- Sila klik ‘tetapan’.
- Kemudian klik ‘pengurusan aplikasi’ atau ‘aplikasi’.
- Cari dan pilih aplikasi MySejahtera.
- Klik ‘penyimpanan’ pada aplikasi MySejahtera.
- Sila klik ‘kosongkan cache’ dan ‘kosongkan data’.
- Kemudian masuk ke aplikasi MySejahtera, daftar semula MySejahtera dengan ID MySJ yang sama.
Manakala bagi pengguna IOS, ikuti langkah langkah di bawah:
- Sila klik ‘tetapan’.
- Pilih ‘Storan Iphone’.
- Pilih aplikasi MySejahtera.
- Offload aplikasi.
- Padam dan muat turun semula aplikasi MySejahtera.
- Daftar masuk akaun MySejahtera dengan menggunakan ID MySJ yang sama.
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19.
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
Temu janji vaksin melalui MySejahtera
Melalui sumber facebook Mysejahtera, di maklumkan bahawa pautan untuk membuat tempahan janji temu untuk vaksinasi yang dahulunya hanya untuk vaksinasi kanak-kanak, kini di buka untuk semua lapisan masyarakat.
Pastikan akaun MySejahtera anda telah disahkan (verified) untuk menerima pautan ini.
Temu janji akan diberikan secara berperingkat kepada pengguna MySejahtera. Sekiranya anda tidak mahu menunggu temu janji ini, vaksinasi juga boleh didapati secara walk-in.
Anda boleh semak laman sesawang ProtectHealth ( https://vaksincovid.protecthealth.com.my ) untuk senarai Pusat pemberian vaksin PPV yang menawarkan perkhidmatan walk-in untuk vaksinasi.
Bagaimana untuk gunakan pautan temu janji di aplikasi MySejahtera, ikuti langkah langkah berikut:
- Masuk ke dalam aplikasi MySejahtera.
- Klik ikon vaksinasi Covid-19.
- Pilih nama penerima temu janji vaksinasi.
- Selepas itu, pilih pautan yang diberikan.
- Kemudian, pilih jenis vaksin dan lokasi pusat pemberian vaksin PPV yang anda inginkan.
- Periksa maklumat yang telah anda pilih dan klik ‘sahkan’.
- Selesai, janji temu anda telah pun di sahkan.
Berdasarkan kenyataan media yang di buat oleh unit MySejahtera pada 23 Mac 2022.
Berkaitan dengan tempahan slot vaksinasi bagi individu yang belum menerima vaksinasi lengkap, dos penggalak atau pun vaksinasi kanak-kanak.
Individu yang berkaitan boleh membuat temu janji melalui pautan yang di sediakan dalam aplikasi MySejahtera seperti langkah-langkah yang diberikan di atas.
Pautan janji temu akan diberikan secara automatik mengikut sela masa yang ditetapkan mengikut jenis jenis vaksin.
Terdapat isu teknikal yang berlaku di mana sistem tersebut telah menghantar temu janji dos penggalak kepada individu di bawah umur 17 tahun, kerana sistem tersebut membuat temu janji secara automatik.
Terdapat juga temu janji dos penggalak kepada individu dewasa yang sudah pun dapatkan vaksin dos penggalak.
Oleh kerana dasar KKM menyarankan dos penggalak kepada individu yang berumur 18 tahun keatas, tiada dos keempat atau dos penggalak ketiga.
Oleh kerana itu, individu individu berikut di minta untuk mengabaikan pautan temu janji iaitu:
- Ibu bapa atau penjaga kepada remaja berumur 17 tahun dan ke bawah yang menerima pautan temu janji dos penggalak untuk remaja di bawah jagaan.
- Individu yang telah mendapat dos penggalak tapi masih menerima pautan temu janji dos penggalak.
Sekiranya anda telah pun membuat temu janji dos penggalak untuk tanggungan anda atau untuk dos keempat melalui pautan yang di hantar, sila BATALKAN janji temu tersebut dan anda tidak perlu menghadiri ke pusat pemberian vaksin PPV.
PPV telah dimaklumkan tentang perkara dan kesilapan teknikal ini dan mereka akan menolak kehadiran remaja untuk mendapatkan dos penggalak, dan juga individu yang hadir untuk dos penggalak kedua atau dos keempat.
Pasukan teknikal MySejahtera telah pun membuat pembetulan dan memohon maaf dengan kesilapan teknikal tersebut melalui sidang media yang dilakukan pada 23 Mac.
Makluman terbaru mengenai pautan tempahan janji temu yang diterima oleh pengguna aplikasi MySejahtera.
Sila rujuk kategori di bawah ini:
- Dos pertama
- Dos kedua
- Dos penggalak (kecuali vaksinasi remaja dan kanak-kanak)
Sekiranya anda telah lengkap vaksinasi seperti di atas, sila abaikan temu janji baharu kerana tidak ada dos keempat yang di berikan.
Untuk peringatan, pengguna aplikasi MySejahtera disarankan untuk kemas kini aplikasi itu anda ke versi yang terbaru dan terkini iaitu versi 1.1.8 bagi memastikan semua fungsi lama dan terbaru dalam aplikasi itu dapat digunakan sebaiknya.
Versi terbaru boleh di muat turun (install / update) dalam Google Play Store dan Huawei App Gallery bagi pengguna android dan AppStore bagi pengguna IOS.
Manakala bagi pengguna yang belum dapat akaun yang di sahkan (verified), sila sahkan akaun anda.
Akaun yang telah disahkan (verified) dapat memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya. Contohnya, dapat melihat sijil digita vaksinasi pengguna di MySejahtera, namun yang belum mengesahkan akaun mereka kadang kala sijil digital tidak dapat dilihat.
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.