Skip to content

Program Bantuan e-Pemula Untuk Belia

Berita baik untuk golongan belia yang berumur 18 tahun sehingga 20 tahun dan pelajar institusi pengajian tinggi, kerana satu program khas untuk golongan tersebut bakal di lancarkan tidak lama lagi.

Program tersebut di namakan e-Pemula, program ini akan di lancarkan akan datang dan tidak lama lagi.

Program ini bakal memberi manfaat kepada lebih 2 juta orang belia di Malaysia, dengan peruntukan di berikan kerajaan sebanyak RM 300 juta.

Apakah Program e-Pemula

Program e-Pemula merupakan sebuah skim transaksi tanpa tunai khas untuk golongan belia yang berumur 18 tahun hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi, perkara ini di katakan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sebanyak RM150 akan di kreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia.

Langkah ini adalah untuk membantu dalam mengurangkan beban kewangan para belia yang layak.

Setakat ini belum ada syarat dan cara permohonan yang di maklumkan oleh Menteri Kewangan, informasi akan di kemas kini dari semasa ke semasa.

Selain itu bantuan yang di berikan oleh kerajaan melalui Bajet 2022 adalah seperti yang di ringkaskan di bawah post ini.

BSN Mikro / I PEMERKASA BELIA

Ini adalah satu bantuan kemudahan pembiayaan dan pinjaman mikro yang di berikan kepada pengusaha.

Pengusaha mikro yang dimiliki oleh usahawan belia berumur kurang dari 30 tahun.

BSN Micro/i PEMERKASA BELIA ialah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pembiayaan/ pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.

Kelayakan untuk memohon BSN Mikro/i PEMERKASA BELIA

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun dan ke bawah, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan belia, dan di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Perniagaan milik warganegara Malaysia.
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF); dan
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Cara memohon untuk BSN Mikro/i PEMERKASA BELIA

  • Mengemukakan Borang Permohonan BSN Micro/i PEMERKASA BELIA yang disertakan dengan dokumen sokongan berikut:
    1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah;
    2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah/Pemegang Saham/Penjamin (jika berkenaan);
    3. Penyata Akaun Bank untuk tiga bulan terkini;
    4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
  • Untuk membuat permohonan secara atas talian, klik ke pautan Portal Micro Financing BSN
  • Untuk permohonan di cawangan BSN, borang permohonan BSN Micro/i PEMERKASA BELIA boleh dimuat-turun di SINI

Untuk makluman lebih lanjut sila ke laman portal rasmi BSN dan link permohonan di SINI atau telefon 1300-88-1900.

Dana Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2022 (PERKASA TVET 1.0)

  • Dana khusus untuk membantu mereka yang ingin menguasai kemahiran baru atau peningkatan kemahiran
  • Untuk semua warganegara Malaysia berumur 15-45 tahun
  • Tempoh Permohonan: Sehingga 30 Jun 2022
  • Program Latihan kemahiran jangka pendek (kurang daripada 6 bulan) termasuk secara program penuh atau modular atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau bergantung kepada permintaan majikan/ industri di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Penyedia Latihan Awam (PLA)/ Penyedia Latihan Swasta (PLS) digalakkan menawarkan kursus latihan secara “value added” bagi meningkatkan kebolehpekerjaan pelatih.
  • Dana Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2022 adalah khusus untuk membantu mereka yang ingin menguasai kemahiran baru atau peningkatan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam pengeluaran pekerja berkemahiran tinggi.
  • Pelatih diberikan penempatan pekerjaan/peningkatan kerjaya terlebih dahulu oleh majikan dan menjalani lathihan di PLA/PLS berdasarkan kepada konsep “Place and Train”.

Kelayakan permohonan PERKASA TVET 1.0

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 45 tahun pada tahun permohonan; dan
  • Mana-mana orang yang memerlukan pekerjaan beserta latihan melalui konsep Place and Train

Cara-cara untuk memohon PERKASA TVET 1.0?

  • Pemohonan ini dibuka sehingga 30 Jun 2022 berdasarkan prinsip “first come first serve” sehingga Dana perkada TVET 1.0 digunakan sepenuhnya
  • Mohon atas talian DI SINI DAN
  • Kemukakan dokumen kepada alamat:
    Urusetia PERKADA TVET 1.0,
    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK),
    Aras 18, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra(WTCKL),
    Jalan Tun Ismail, 59480 Kuala Lumpur
    atau melalui emel ke alamat [email protected]

DanaNITA (Skim Pembiayaan Perniagaan)

DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan.

Ia bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Kelayakan permohonan DanaNITA

  • Warganegara dan Bumiputera berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan atas talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh enam (6) bulan terkini
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

Kelonggaran Syarat:

  • Majoriti pegangan Syer adalah 51% wanita
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja / Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan bagi Sabah dan Sarawak bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Pengecualian Sebut Harga Ubah Suai / Pembelian Mesin & Alatan bagi pembiayaan RM50,000.00 ke bawah
  • Penyata Akaun Bank bagi tempoh tiga (3) bulan (penyata Dalam Talian adalah diterima)
  • Tempoh Bernafas bagi bayaran balik sehingga 12 bulan

Skop Pembiayaan: Modal Pusingan Pembelian Mesin dan Peralatan

Had Pembiayaan: RM150,000

Tempoh Pembiayaan: 1-10 tahun (12-120 bulan)

Jaminan/ Cagaran

Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawahPembiayaan RM50,001 hingga RM150,000:

  1. Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
  2. Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
  3. Gabungan kedua-duanya sekali; atau
  4. Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan

Kadar Keuntungan: 3.5%

Permohonan secara dalam talian di Portal MyUsahawan atau permohonan terus ke Pejabat MARA Daerah yang berdekatan.

Atau boleh menghubungi melalui telefon 03 2613 2000, Emel [email protected], agensi ini adalah dari Majlis Amanah Rakyat (Mara).

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.