Cara Mohon Geran Agropreneur Muda – Geran ini dibuka bagi golongan muda yang berusia antara 18 hingga 45 tahun. Semak jenis bantuan yang disediakan dan syarat yang ditetapkan.
Program yang termaktub dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) ini diwujudkan bagi membantu serta menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawan agro.
Tujuan utama program ini diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti tanaman, ternakan dan perikanan, serta industri makanan termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian serta agropelancongan.
Kerajaan menyediakan Geran Agropreneur Muda (GAM) Start-Up kepada mereka yang berumur 18-45 tahun, terlibat dalam bidang pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani dengan nilai maksimum sebanyak RM30,000 serta tidak perlu dibayar balik.
Table of Contents
Geran Agropreneur Muda
Program Agropreneur Muda ini diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 45 tahun.
Ia bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.
Program ini menyasarkan aktiviti projek yang merangkumi skop seperti berikut :
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Asas Tani
- Agroteknologi
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai Program Geran Agropeneur Muda (GAM) secara lebih lanjut.
Tarikh Permohonan Geran Agropreneur Muda
Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor ini.
Pakej-Pakej Geran Agropreneur Muda
Industri Makanan Dan Asas Tani (IMAT)
Bantuan yang akan diberikan kepada usahawan melalui skop ini adalah seperti bantuan berupa barangan seperti peralatan dan pembaikan mesin, serta bahan mentah akan diberikan kepada para usahawan dalam meneruskan semula projek yang terjejas.
Spesifikasi Bantuan:
- Pembungkusan / pelabelan
- Mesin / peralatan pemprosesan IMAT
- Bahan mentah (maksimum 20%)
- Peningkatan infrastruktur (maksimum 50%)
- Peralatan pemasaran dan promosi (maksimum 20%)
Ternakan
Skop bantuan yang akan diberikan kepada penternak adalah seperti bantuan makanan ternakan, baik pulih infrastruktur kandang / reban dan sebagainya dalam meneruskan semula projek tersebut.
Spesifikasi Bantuan:
- Kandang
- Ternakan
- Makanan (maksimum 20%)
- Peralatan
Tanaman
Melalui skop tanaman ini, para petani juga akan diberikan insentif berbentuk barangan seperti alatan-alatan pertanian termasuk juga benih-benih tanaman yang bersesuaian termasuk menambahbaik infrastruktur jika perlu.
Spesifikasi Bantuan:
- Peralatan pertanian
- Sistem dan kelengkapan fertigasi
- Input pertanian (maksimum 30%)
- Infrastruktur projek
Perikanan
Bantuan yang akan diberikan kepada usahawan yang terlibat seperti bantuan benih ikan, peralatan menangkap ikan, menambahbaik infrastruktur akuakultur air tawar dan air payau / masin serta pembaikan enjin bot.
Pengeluaran ikan hiasan juga menjadi satu daripada cabang skop perikanan yang akan diberikan bantuan sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung.
Spesifikasi Bantuan
- Input perikanan / Infrastruktur projek
- Benih dan Makanan (maksimum 30%)
- Kolam / sangkar / tangki
Agroteknologi
Spesifikasi Bantuan
- Sistem dan kelengkapan
- Infrastruktur
Syarat-Syarat Kelayakan
Syarat Asas Menyertai Program Agropreneur Muda (PAM)
Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai PAM adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun; dan
- Boleh membaca, mengira dan menulis.
Syarat Tambahan Permohonan Geran Agropreneur Muda Start-up
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 – 43 tahun;
- Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/ latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
- Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan perakuan dari Jabatan/ Agensi pembimbing bagi DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus/ Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;
- Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal;
- Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan GAM;
- Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, tanah tol, sewaan atau diberi kebenaran oleh pemilik dan perlu dimatikan setem, perjanjian sewaan juga perlu masih berkuatkuasa, bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia perlu disertakan sijil kematian);
- Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon; dan
- Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan.
Syarat Tambahan Permohonan Geran Agropreneur Muda Scale-up
- Warganegara Malaysia berumur antara 21 – 45 tahun;
- Penerima Geran Agropreneur Muda yang menjalankan projek huluan pertanian (tanaman/ ternakan/ perikanan; dan
- Individu yang berpendapatan bersih lebih dari RM5,000.00 sebulan layak untuk memohon bantuan scale-up.
Jenis Bantuan / Inisiatif Yang Akan Diterima
Dua (2) jenis bantuan yang ditawarkan bagi program ini iaitu:
1. Geran Agropreneur Muda (GAM)
i) Geran Agropreneur Muda Start-up
Geran Agropreneur Muda Start-up adalah program bantuan inkubator daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimumkan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan. Nilai maksimum start-up sehingga RM30,000.00 per individu bagi projek huluan pertanian (Tanaman/ Ternakan/ Perikanan) dan RM20,000.00 bagi projek Industri Makanan dan Asas Tani.
ii) Geran Agropreneur Muda Scale-up
Geran Agropreneur Muda Scale-up adalah program bantuan pengembangan daripada kerajaan kepada penerima Geran Agropreneur Muda yang melaksanakan projek huluan pertanian (tanaman/ ternakan/ perikanan). Geran ini diberi dalam bentuk barangan dengan nilai maksimum sehingga RM50,000.00 per individu bagi membiayai perolehan agroteknologi, mekanisasi dan automasi terkini.
iii) Bantuan Peluang Kedua
Bantuan Peluang Kedua bertujuan Membantu penerima Geran Agropreneur Muda Start-up untuk meneruskan projek yang terhenti akibat dilanda bencana. Had maksimum Bantuan Peluang Kedua disediakan sehingga RM20,000.
Rujuk Skop Geran Agropreneur Muda dalam lampiran di bawah:
2. Khidmat Nasihat Teknikal dan Latihan
Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan.
Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan di peringkat negeri mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan/agensi di sepanjang tahun.
Cara Mohon Geran Agropreneur Muda
Untuk memohon Geran Agropreneur Muda, anda perlu mengikuti 3 langkah mudah berikut:
- Daftar akaun anda dan login ke Sistem eGam – https://app-egam.kpkm.gov.my/user/register/create
- Lengkapkan borang permohonan
- Hantar permohonan anda untuk dinilai
Borang Permohonan Geran Agropreneur Muda boleh didapati secara dalam talian (website) KPKM di https://www.kpkm.gov.my/bm/geran-dan-insentif/program-agropreneur-muda atau melalui pejabat-pejabat jabatan / agensi di bawah Kementerian.
Prosess permohonan
Infograifk di bawah menerangkan secara ringkas proses permohonan bagi Geran Agropreneur Muda 2025:
Maklumat lanjut dan pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Geran Agropreneur Muda ini, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas di:
Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya, Malaysia
- Website: www.kpkm.gov.my
- E-mel: egam.uam@kpkm.gov.my
- Tel: 03-88701234 / 1235
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.