Skip to content

Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor YTM 2024

Biasiswa Future Leaders Yayasan Selangor & YTM 2024 – Biasiswa Future Leaders Yayasan Telekom Malaysia dengan kerjasama Yayasan Selangor tahun 2024 ditawarkan kepada palajar yang memerlukan biasiswa untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi.

Biasiswa Future Leaders

Biasiswa ini merupakan biasiswa yang diwujudkan oleh Yayasan Telekom Malaysia kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Untuk biasiswa ini, ianya ditawarkan menerusi kerjasama dengan Yayasan Selangor khusus kepada anak Negeri Selangor yang melanjutkan pengajian di IPT.

Menerusi biasiswa ini juga, pelajar akan menjalani Program Pembangunan Berstruktur yang diwujudkan untuk membentuk individu yang lebih holistik dan menyeluruh serta melengkapkan pemegang biasiswa dengan kemahiran masa hadapan di dalam kedua-dua bidang digital dan kebolehpasaran.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 September 2024.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan PELAJAR TAHUN PERTAMA IJAZAH SARJANA MUDA yang sedang mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau Universiti Selangor atau Universiti Islam Selangor atau Universiti Multimedia (MMU) yang mengambil kursus pengajian berkaitan Teknologi dan Digital.
  2. Pemohon tidak menerima sebarang penajaan atau lain-lain bantuan kewangan dari ma-na-mana organisasi dalam atau luar negara.
  3. Umur tidak melebihi 25 tahun.
  4. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia
  5. Pemohon/Ibu/bapa lahir di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
  6. Pemohon yang bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Selangor juga layak memohon namun keutamaan diberikan kepada pemohon yang lahir di Negeri Selangor.
  7. Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
  8. Lepasan SPM/STPM/ASASI/MATRIK/DIPLOMA.
  9. Pencapaian minimum 6A bagi pemohon lepasan SPM.
  10. Pencapaian minimum CGPA 3.3 bagi pemohon selain lepasan SPM.
  11. Cemerlang dalam bidang akademik dan aktif kokurikulum/sukan
  12. Pemohon membuat permohonan pada waktu yang ditetapkan
  13. Pemohon yang pernah mendapat tajaan Yayasan Selangor di peringkat menengah melalui Program Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS) / ‘High Potential Student’ (HIPERS) / Program Tingkatan Enam (PTE) perlu melampirkan Salinan Sijil Anak Yayasan sebagai pengesahan.
  14. Semua permohonan akan disaring dan disenarai pendek oleh Yayasan Selangor sebelum diserahkan kepada Yayasan Telekom Malaysia yang akan menentukan Senarai Penerima Akhir yang akan ditawarkan penajaan.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Biasiswa ‘Future Leaders’ yang boleh dimuat turun dari Laman Sesawang Yayasan Selangor iaitu http://yayasanselangor.org.my/ dan diserahkan melalui serahan tangan atau pos berdaftar sebelum tarikh tutup permohonan pada 13 September 2024 jam 4.00 petang di alamat :

Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor No.18A,
Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Biasiswa Future Leaders, sila hubungi melalui telefon 03-7669 1153/1188/1213 atau emel ke tajaan@yselangor.com.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version