Bantuan Warga Emas (BWE) merupakan salah satu inisiatif atau usaha pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan warga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.
Kerajaan terus prihatin dengan meneruskan bantuan ini sekaligus memastikan bahawa kebajikan warga emas terus disejahterakan, terutama sekali mereka yang betul-betul memerlukan.
Jumlah bantuan sebanyak RM600 sebulan ini merupakan peningkatan jumlah dariapda RM500 sebelum ini di mana jumlah ini telah diumumkan dalam pembentangan Bajet Belanjawan terdahulu.
Bagi warga emas yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan.
Bantuan ini diberikan oleh JKM (sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat) kepada warga emas atau orang tua yang layak agar mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat setempat.
Oleh itu, sekiranya anda mempunyai ibu bapa, saudara atau kenalan dalam kategori warga emas, anda boleh menghantarkan permohonan bagi pihak mereka.
Kriteria kelayakan
Hanya warga emas atau orang tua yang memenuhi kriteria berikut akan dipertimbangkan setelah permohonan dibuat:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
- Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa / PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
- Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Cara Permohonan Bantuan Warga Emas (BWE)
1. Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
Permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Bagi memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang dibawah, cetak, isi maklumat yang diminta dan bawa bersama ke kaunter:
2. Permohonan secara dalam talian (online)
Anda juga boleh memohon Banntuan Kanak-Kanak (BKK) Secara dalam talian melalui pautan https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
Dokumen Sokongan
Selain borang di atas, bagi membolehkan permohonan bantuan warga emas anda diproses dan dibuat penilaian, anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan MyKad pemohon,
- Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Surat Penyata pendapatan daripada majikan; atau
- Akaun pendapatan daripada penghulu / penggawa, / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
- Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri); atau
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan Penyata akuan bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)
BWE adalah sebuah bantuan tunai yang menyasarkan warga emas miskin tegar (warganegara) yang berkelayakan dalam usaha memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup mereka.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi JKM.
Ada juga bolehmenghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):
- Emel: pro_jkm@jkm.gov.my
- Telefon: 03-8000-8000
Untuk ketahui lebih lanjut seperti syarat kelayakan, cara memohon dan soalan lazim, sila layari
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/bwe
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.