Bantuan Warga Emas 2025 Dinaikkan Kepada RM600

Bantuan Warga Emas 2025 – Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding 500 sebulan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memaklumkan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan kepada RM2.9 bilion dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan hari ini.

Menerusi tambahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkat.

Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding 500 sebulan.

“Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan iaitu daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia enam tahun dan ke bawah; serta daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak lingkungan usia tujuh hingga 18 tahun; tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga,” kata Anwar di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata bagi Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan.

Saya percaya Kerajaan Negeri akan turut menambah baik Kadar Bantuan Am Negeri.

“Jika dihitung keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM: Isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun, yakni suatu peningkatan.

“Untuk warga emas miskin pula layak menerima bantuan lebih RM10,000. Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang RM1,100 sebulan. Dan ini belum mengambil kira bantuan daripada Kerajaan Negeri, Zakat danYayasan,” katanya lagi. – Sumber Awani

Bantuan Warga Emas 2025

Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Belanjawan 2024 bagi warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) bertujuan untuk membantu golongan tersebut untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Kadar bayaran BWE 2025: RM600 sebulan seorang

Untuk maklumat lanjut, sila Laman Rasmi Bantuan Warga Emas (BWE)

*Nota: Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan :

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi :
  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
  2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
  1. Institusi kendalian JKM; atau
  2. Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma 

Nota : Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

Cara Memohon

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagiandi seluruh negara:
    1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
    2. Tatacara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukan hak 
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    1. Salinan MyKad pemohon
    2. Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama
    3. Salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat): dan
    4. Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
    5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
     Pemohon boleh melengkapkan borangberikut :
    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (Ibu Pejabat)

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS

Untuk mengetahui status permohonan bantuan, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Kunjungi Portal Rasmi JKM: Klik pada pautan semakan rasmi JKM di sini.
  2. Halaman Utama Portal JKM: Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
  3. Pilih eBantuanJKM: Klik pada [eBantuanJKM].
  4. Semakan Status: Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan: Isikan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No. MyKad.
  6. Klik Semak: Akhir sekali, klik pada butang [Semak]. Status permohonan akan dipaparkan untuk rujukan pemohon.

Rujukan

Maklumat yang disampaikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JKM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, anda boleh merujuk kepada pihak berwajib di bawah:

  • Talian JKM: 03 – 8000 8000
  • Faks: 03 – 8323 2045
 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version