Bantuan Tunai 2025 Semakan Status Kelayakan

Bantuan Tunai 2025 Semakan Status Kelayakan – Anda boleh merujuk syarat kelayakan d bawah untuk membuat semakan status layak atau tidak bagi bantuan ini.

Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu golongan berpendapatan rendah melalui pelbagai inisiatif bantuan tunai dan bagi yang berkenaan, pastikan anda membuat semakan status layak atau tidak.

Pada tahun ini, dua program utama yang dilaksanakan ialah bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

STR merupakan bantuan tunai yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban kos sara hidup.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM13 bilion untuk STR dan SARA, memberi manfaat kepada kira-kira sembilan juta penerima, iaitu 60% daripada penduduk dewasa negara.

Anda boleh merujuk syarat kelayakan d bawah untuk membuat semakan status layak atau tidak bagi bantuan STR 2025:

  • Isi Rumah:
    • Berkahwin; atau
    • Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan:
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang:
    • Berumur 21 hingga 59 tahun;
    • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah;
    • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.

Jumlah Bantuan STR 2025:

Kadar bantuan tunai STR 2025 adalah seperti berikut:

Nota: Jumlah bantuan tunai ini akan diagihkan secara berperingkat melalui empat fasa sepanjang tahun.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

SARA adalah inisiatif tambahan di bawah program MyKasih yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan barangan asas.

Bantuan tunai ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan di pasaraya terpilih.

Syarat Kelayakan SARA 2025:

Anda boleh merujuk syarat kelayakan d bawah untuk membuat semakan status layak atau tidak bagi bantuan SARA 2025:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000;
  • Penerima STR 2025;
  • Tersenarai sebagai miskin atau miskin tegar dalam sistem eKasih.

Jumlah Bantuan SARA 2025:

Kadar bantuan tunai SARA adalah seperti berikut:

Semakan Status Kelayakan

Penerima boleh menyemak status kelayakan mereka melalui dua portal rasmi:

  • Portal MyKasih: Untuk penerima yang tersenarai dalam eKasih.
    1. Layari https://www.mykasih.com.my/.
    2. Klik “Semak Status”.
    3. Masukkan nombor MyKad dan kod captcha.
    4. Klik “Semak Status” untuk melihat status kelayakan.
  • Portal MySTR: Untuk penerima STR.
    1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my.
    2. Masukkan nombor MyKad dan kata laluan.
    3. Klik “Semakan Status” untuk melihat maklumat permohonan dan pembayaran.

Melalui inisiatif bantuan tunai STR dan SARA 2025, kerajaan berharap dapat meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Maklumat lanjut

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  • Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA, sila rujuk Portal Rasmi MyKasih di pautan berikut: https://www.mykasih.com.my atau hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800 

 

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Exit mobile version