Majlis Agama Islam Negeri Johor mempunyai beberapa jenis bantuan yang boleh dipohon oleh orang awam yang layak berdasarkan kepada had kifayah. Jika anda memerlukan bantuan dan layak untuk menerima bantuan, anda boleh memohon bantuan secara online
Objektif Bantuan MAIJ
- Memantapkan masyarakat Islam tentang konsep Baitulmal, Zakat dan Wakaf.
- Menjelaskan kepentingan Baitulmal, Zakat dan Wakaf di dalam merealisasikan sosio ekonomi Islam.
- Memberi kesedaran kepada umat Islam akan pentingnya merebut peluang pembangunan bagi memajukan ekonomi Islam.
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN SARA HIDUP BULANAN
Bantuan Sara Hidup
- Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga (3) tahun berturut-turut dan membayar zakat (fitrah dan harta) Negeri Johor.
- Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak lain.
- Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.
- Pemohon dan pasangan bekerja mempunyai ramai tanggungan yang masih bersekolah.
- Pemohon tidak mempunyai waris atau ada waris tetapi tidak mampu membantu.
- Pemohon bukan dari pada kalangan peneroka Felda atau peserta Felcra.
SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT
Bagi mereka yang ingin memohon bantuan lain, hendaklah mematuhi syarat berikut:
- Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT(ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah berhampiran.
- Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor.
- Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan /sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain.
- Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.
- Pemohon adalah bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T atas sebarang pemalsuan maklumat dan dokumen yang diberikan.
Skim-skim Bantuan Asnaf (Bantuan Lain)
- Skim Bantuan Hari Raya
- Skim Bantuan Sara Hidup Bulanan
- Skim Bantuan Perubatan
- Skim Bantuan Perumahan
- Skim Bantuan Berdikari
- Skim Bantuan Pendaftaran IPT
- Skim Dermasiswa Pelajar
- Skim Bantuan Pakaian Sekolah
- Skim Bantuan Basikal Pelajar
- Skim Bantuan Cermin Mata Pelajar
- Skim Pembiayaan Tambang Pengajian
- Skim Bantuan Menjelaskan Hutang
- Skim Bantuan dan Kebajikan Saudara Baru
- Skim Bantuan Segera (Kecemasan)
Muat turun borang Skim bantuan zakat :
Permohonan Online
Maklumat Lanjut
Waktu Urusan Pejabat & Kaunter
Ahad – Rabu
(8.00 pagi – 4.00 petang)
Khamis
(8.00 pagi – 3.00 petang)
*Jumaat & Sabtu (Cuti)
Alamat Ibu Pejabat
MAJLIS AGAMA ISLAM
NEGERI JOHOR
Aras 5, Blok ‘B’, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar, 80990,
Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Hubungi
07-2282929 Fax: 07-2238752
PENAFIAN
Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.